PASARAN SAHAM BURSA MALAYSIA
===============================
Masih ada sebilangan besar golongan
yang masih tidak jelas mengenai pasaran saham. Ada yang bekerja dengan syarikat
yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pun, cuma tahu bahawa mereka boleh menjual
saham apabila saham itu dimasukkan ke dalam akaun CDS sekiranya syarikat
memberikan saham kepada pekerja.
Ini adalah penerangan secara
ringkas kepada mereka yang masih tidak faham mengenai konsep saham dan Bursa
Malaysia.
Pasaran saham adalah tempat di mana
saham syarikat dibeli dan dijual. Ia memberikan syarikat akses untuk mendapatkan
modal perniagaan dan memberikan pelabur peluang untuk memiliki saham
syarikat dan menikmati keuntungan daripada prestasi syarikat di masa
hadapan.
Anda hanya boleh membeli saham
menerusi pasaran saham seperti Bursa Malaysia di mana saham dibeli dan dijual
mengikut peraturan dan garis panduan yang ketat. Ada lebih 900 syarikat
yang tersenarai dalam Bursa Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan pelaburan
kepada pelabur tempatan dan global. Syarikat tersenarai sama ada dalam pasaran Main
Market, ACE Market atau pun LEAP Market.
Pasaran saham dicipta oleh
syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan modal untuk perniagaan mereka. Semua
syarikat memerlukan modal bagi mencari peluang mengembangkan perniagaan. Kebanyakan syarikat yang baru memulakan
perniagaan selalunya susah untuk mencari modal. Salah satu cara untuk
mendapatkan modal ini adalah dengan mengapungkan syarikat mereka di pasaran
saham. Ini melibatkan proses menjual sebahagian saham syarikat kepada pelabur
individu dan pelabur institusi yang mana mereka bebas berdagang saham syarikat
di pasaran terbuka. Untuk membeli saham syarikat yang baru tersenarai ini mesti
melalui IPO atau Initial Public Offering.
Apabila IPO dikeluarkan,
anda boleh dapatkan salinan prospektus dan menghantar permohonan
saham yang lengkap. Ada 3 saluran untuk mendapatkan IPO iaitu saluran
pelabur terpilih, saluran MITI dan saluran awam. Atau pun anda boleh
juga membeli saham tersebut di pasaran terbuka apabila ia diapungkan dalam
Bursa Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan maklumat IPO daripada broker
saham anda.
Syarikat yang dah tersenarai dalam
Bursa Malaysia pun masih boleh mendapatkan modal tambahan dengan
menawarkan pelabur mereka peluang untuk menambah pegangan saham dalam
syarikat. Sebagai contoh, syarikat tersebut boleh menawarkan 1 saham
tambahan pada harga RM0.20 untuk setiap 5 saham yang pelabur miliki.
Apabila anda membeli saham
syarikat, anda juga adalah merupakan sebahagian pemilik syarikat. Jadi bagi
mereka yang bekerja dalam syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan
mendapat saham syarikat, mereka bukan sahaja pekerja malah sebahagian pemilik
syarikat tersebut. Apabila syarikat menjana keuntungan, selalunya pelabur akan
dapat berkongsi keuntungan tersebut dalam bentuk dividen. Kalau
nak tahu besar ke kecil nilai syarikat, kita perlu darabkan jumlah saham
yang dikeluarkan dengan harga pasaran.
https://canvas.umn.edu/eportfolios/4250/Home/Pest_control_services_and_why_people_need_them
ReplyDelete