INTRADAY SHORT SELLING (IDSS) TELAH KEMBALI!
======================
Bagi mereka yang tidak tahu apa itu IDSS, ia adalah di mana
pelabur boleh menjual saham tertentu walaupun pelabur tidak memiliki saham
tersebut. Sebenarnya, pelabur tersebut telah meminjam saham pelabur lain ketika
penjualan, dan wajib membelinya kembali pada hari yang sama. Pelabur yang
melakukan IDSS ini adalah mereka yang percaya bahawa harga saham akan jatuh
pada hari itu, dan akan membelinya kembali pada harga yang lebih murah. Jadi,
keuntungan boleh terhasil dari perbezaan harga jual shortsell dan
harga beli balik. Contoh: jual pada harga RM0.50 dan beli balik pada harga
RM0.45. Jadi untung kasar yang diperoleh adalah RM0.05.
IDSS bukanlah satu benda baru di Bursa Malaysia. Ia telah wujud
lama di Bursa sebelum disekat selepas kejadian krisis kewangan Asia pada tahun
1997. Kini, terdapat 280 saham telah dibenarkan melakukan short selling.
Senarai ini akan disemak semula setiap 6 bulan. Mereka yang berminat berkenaan
IDSS boleh hubungi remisier atau dealer masing-masing
dan harus mendapatkan perjanjian Securities Borrowings and
Lending (SBL) dari mereka.
Antara langkah kawalan Bursa Malaysia terhadap IDSS adalah:
1. Penggantungan IDSS jika harga sesebuah saham telah jatuh
lebih 15% pada harga tutup hari sebelumnya.
2. Atau jika jumlah kasar IDSS melebihi had maksima harian; 3%
dari jumlah saham yang ada dalam sesebuah syarikat.
0 comments:
Post a Comment