SAHAM DEFENSIF
======================
Terdapat 55 saham syarikat yang memberi pulangan dividen yang
tinggi dalam anggaran 5% hingga 13.2%. Di antara 55 saham syarikat tersebut, 9
saham mencatatkan kenaikan harga walaupun pasaran saham mengalami penjualan
besar besaran.
Pulangan dividen akan meningkat apabila harga saham menurun dan
akan menurun apabila harga saham meningkat. Formulanya adalah, Pulangan
Dividen: Dividen per saham / Harga semasa saham. Akan tetapi, ia
masih boleh memberi pulangan dividen yang tinggi waktu harga saham meningkat
sekiranya syarikat menaikkan lagi pembayaran dividen mereka. Jadi, kini adalah
masa sesuai untuk membeli saham dividen yang mempunyai rekod dividen yang
konsisten (contoh: setahun sekali / setiap 6 bulan sekali / setiap 3 bulan
sekali) dan mempunyai prospek kenaikan pendapatan syarikat yang tinggi.
2 PERKARA YANG HARUS DITITIKBERATKAN:
1. Syarikat mesti mempunyai dasar dividen. Bukannya memberi
dividen sekali sekala hasil jualan aset mereka.
2. Kadar pinjaman: syarikat yang mempunyai lebihan
duit lebih elok daripada syarikat yang mempunyai pinjaman terlalu tinggi. Ini
kerana syarikat yang mempunyai pinjaman harus membayar kadar faedah bank. Lagi
tinggi pinjaman lagi tinggi kos bayaran.
RADAR SAHAM:
1.MAYBANK
2.SHL
3.BPLANT
4.SIME
5.ATLAN
6.UOADEV
7.ELKDESA
8.MATRIX
9.PARAMON
2.SHL
3.BPLANT
4.SIME
5.ATLAN
6.UOADEV
7.ELKDESA
8.MATRIX
9.PARAMON
0 comments:
Post a Comment