Wednesday, 2 May 2018

Share Buyback


PERNAH DENGAR PASAL SHARE BUYBACK DALAM BURSA MALAYSIA?
======================
Share buyback adalah di mana syarikat membeli balik sahamnya di dalam pasaran. Ia merupakan salah satu strategi pengurusan modal, membuatkan duit lebihan dalam syarikat bekerja lebih keras untuk menaikkan nilai syarikat daripada dibiarkan begitu sahaja.

Apabila saham masuk kembali ke dalam syarikat, ianya menjadi saham treasury. Jika syarikat memilih untuk membatalkan saham treasury tersebut, boleh meningkatkan pendapatan per saham (EPS), kemudian meningkatkan nilai pemegang saham.

Ia merupakan satu petunjuk akan keyakinan terhadap fundamental dan prospek masa depan syarikat. Selain itu, ia boleh juga menyokong daripada kejatuhan harga saham.

Walau bagaimanapun, syarikat yang dalam proses mengembangkan perniagaannya harus menyimpan duit daripada melakukan share buyback untuk tujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran atau melakukan penggabungan dan pengambilalihan syarikat lain untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan masa depan.

16 SYARIKAT CASH-RICH YANG MAMPU MELAKUKAN SHARE BUYBACK:

1.PRLEXUS
2.L&G
3.HEXZA
4.APEX
5.MPI
6.STAR
7.LYSAGHT
8.IQGROUP
9.JCY
10.LATITUD
11.JCBNEXT
12.SINOTOP
13.AWC
14.HOMERIZ
15.EFFICEN
16.FLBHD

0 comments:

Post a Comment