PENYATUAN SAHAM
=========================
Pernah tak anda melihat harga saham
pegangan anda tiba-tiba meningkat melampau tinggi tetapi unit saham anda juga
berkurang? Jangan terlalu ghairah, kerana itu sebenarnya adalah satu tindakan
korporat syarikat yang dinamakan sebagai penyatuan
saham. Nilai saham anda sebenarnya tidak berubah.
Berlawanan dengan pecahan saham, tindakan
korporat ini seumpama anda mempunyai 2 keping RM50, tetapi syarikat mahu
menukarnya menjadi 1 keping RM100. Nilainya tetap sama iaitu RM100.
Penyatuan saham merupakan satu
tindakan korporat yang menyatukan
sejumlah unit saham menjadi unit saham yang lebih kecil. Proses ini
melibatkan syarikat mengurangkan jumlah saham keseluruhannya di dalam pasaran yang
selalunya memberi bayangan bahawa syarikat dalam keadaan bermasalah. Tindakan
korporat ini dilaksanakan dengan membahagikan
unit saham milik pelabur dengan nisbah penyatuan saham tersebut.
Tindakan korporat ini tidak
mempengaruhi nilai syarikat tetapi selalunya dilaksanakan akibat syarikat
mengalami penurunan harga saham yang besar.
Sebagai contoh, kita ambil tindakan
korporat yang dilaksanakan oleh syarikat Vortex Consolidation Berhad di mana
mereka mempunyai 600 juta unit jumlah
saham keseluruhan yang didagangkan pada harga RM0.08. Oleh kerana harga
saham mereka terlalu rendah, mereka ingin membuatkan harga meningkat tinggi
dengan menyatukan setiap 2-unit saham
kepada 1-unit saham. Sekiranya
anda memiliki 100,000-unit saham VC sebelum
tindakan korporat dilaksanakan, anda akan memiliki (100,000/2) 50,000-unit saham VC pada harga (RM0.08
* 2) RM0.16 selepas ia dilaksanakan.
Jadi nilai pelaburan anda dan modal pasaran syarikat juga tidak berubah.
Secara ringkasnya, tindakan
korporat ini menyatukan sejumlah saham menjadi lebih kecil pada harga lebih
tinggi. Ianya tidak mengubah nilai syarikat. Pelabur juga tidak menganggap ia
sebagai satu tindakan yang positif kerana ianya dilaksanakan akibat harga saham
telah jatuh teruk dan syarikat ingin membuatkan harga naik tanpa meningkatkan
sebarang nilai kepada perniagaan syarikat. Jadi selepas ini, sekiranya anda
melihat saham anda tiba-tiba meningkat melampau tinggi, semak kembali
pengumuman yang telah dibuat oleh syarikat kepada Bursa Malaysia.
Unit saham baru dalam pegangan anda akan
dikemaskinikan selepas 3 hari bekerja (T+3) apabila ia dilaksanakan.
Bermula pada 29 April 2019, Bursa Malaysia akan menukarkan tempoh penyelesaian
kontrak dari 3 hari (T+3) kepada 2 hari (T+2).
0 comments:
Post a Comment