ARGENTINA PADA SUATU KETIKA
DULU
============================
Jika anda melihat bendera Argentina ini, saya pasti ramai yang
terus terbayang ikon bola sepak terkenal, Leonal Messi!
Tapi tahukah anda Argentina bukan sekadar terkenal
dengan lagenda bola sepaknya seperti Diego Maradona sahaja?
100 tahun dahulu, Argentina merupakan antara 10
negara terkaya di dunia, berada di belakang US & UK tetapi di hadapan
Jerman & Perancis. KDNK per kapita mereka 4 kali lebih besar dari Brazil
yang kini termasuk dalam kelompok negara membangun yang besar.
Kini, pendapatan per kapitanya lebih rendah dari
separuh purata negara OECD (Organization for Economic Co-operation &
Development). Sejak 1930, Argentina telah mengalami 6 kali rampasan kuasa
tentera sebelum kembali demokrasi 30 tahun lepas. Mereka juga mudah terdedah
dengan hiperinflasi di mana kadar inflasi melebihi 1000% yang menyebabkan
matawang mereka tersungkur.
100 tahun lalu mereka terlalu kaya dengan sumber
alam. Ekonomi pertanian mereka berkembang maju dan merupakan pengeluar komoditi
daging & gandum terbesar dunia.
Tetapi mereka tidak membangunkan sektor sekunder
& tertiari untuk mempelbagaikan sumber ekonomi. Mereka terlalu bergantung
kepada modal pelaburan asing & kurang modal pelaburan tempatan untuk
meneroka sumber lain.
Apabila berlakunya kejutan di pasaran dunia, di
mana harga merudum & akses untuk pasaran eksport tersekat, ekonomi mereka
terus tumbang. Mereka juga tidak membangunkan tenaga kerja tempatan kerana
terlalu bergantung kepada tenaga kerja murah. Mereka yang berpendidikan hanya
dari golongan elit. Mereka juga tidak mempunyai institusi yang membina dan
melaksanakan polisi yang berkesan.
Menurut Paul Collier dari buku beliau Natural
Resources Trap menunjukkan amat susah bagi negara yang kaya dengan sumber asli
untuk membina sebuah ekonomi yang mampan sekiranya terlalu bergantung pada
sumber asli semata.
0 comments:
Post a Comment