KENAPA ANDA PERLU MELABUR SAHAM?
=========================
Dengan melabur saham, duit kita akan bekerja untuk kita untuk
menghasilkan lebih banyak duit. Pelaburan saham telah terbukti secara konsisten
menjadi salah satu bentuk pelaburan yang ada yang paling menguntungkan! Sebab
itu, institusi kewangan seperti KWSP, PNB, LTAT malah syarikat insurans juga
melabur dalam saham untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Keuntungan
tersebut lah yang mereka akan berikan kepada pencarum dalam bentuk dividen.
Antara kelebihan melabur saham:
- Kita boleh buat urusan jual dan beli saham pada bila bila masa. Kos transaksi juga agak rendah.
- Kita juga bebas melabur di mana sahaja kita berada dan pada bila bila masa.
- Sekarang ni nak awasi pelaburan kita pun senang, tak kisah pergi melancong ke luar negara pun boleh tengok dengan menggunakan handphone sahaja.
- Kita juga lah yang mengawal pelaburan kita sepenuhnya untuk memaksimumkan pulangan dan mengawal risiko pelaburan.
- Pelaburan saham boleh dijangka jika kita tahu apa yang kita buat.
Tapi kena ingat:
- Pasaran saham boleh mengalami keadaan yang volatile, di mana kadar naik turun saham boleh jadi terlalu tinggi dalam masa yang singkat.
- Kita WAJIB mempunyai ilmu, sama ada ilmu teknikal atau fundamental dan elakkan tips atau rumors dari sumber yang tidak dapat disahkan.
- Kena awasi pelaburan kita. Dengan adanya aplikasi saham Maybank Trade di handphone, kita juga boleh letakkan alert jika harga itu naik atau pun turun pada harga yang kita tetapkan.
- Melabur saham ni juga kena disiplin. Kita kena tahu bila kita patut beli dan bila kita patut jual berdasarkan harga signal beli dan jual yang telah kita tetapkan.
Boleh Ke Orang Biasa Dapat Untung Dari Pasaran Saham?
Saya selalu dengar ramai orang cakap ‘kalau saya ada banyak
duit, memang saya nak sangat melabur dalam saham’ atau ‘saham ni tempat orang
have-have je’. Ramai yang berpendapat nak dapat keuntungan dari pasaran saham
kena jadi kaya dulu atau kena jadi trader sepenuh masa atau pun kena jadi
pandai gila dalam bab kewangan.
Sebenarnya tak pun.
Dari pengalaman saya, client yang buat keuntungan banyak
bukannya yang jenis beli dan jual hari-hari. Ada juga yang masih belajar di
universiti melabur dalam saham dengan modal yang agak rendah dan keuntungannya
setara dengan modalnya. Kena realistik. Saya bagi 1 senario:
Pak Kodi bekerja di sebuah kilang elektronik dengan pendapatan
RM43,000 setahun. Selepas bayar sewa rumah, motor dan perbelanjaan harian, Pak
Kodi berjaya menyimpan RM2,000 dalam tempoh 6 bulan dan dia ingin melabur dalam
pasaran saham. Pak Kodi membeli 2,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga
RM0.80/saham (RM1,600). Dia juga perlu membayar RM30.48 kos transaksi pembelian
saham tersebut. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,630.48.
3 bulan kemudian, Pak Kodi ingin menjual sahamnya setelah
melihat prestasi syarikat getah XYZ dan harga sahamnya telah meningkat menjadi
RM1.00/saham. Jumlah jualan sahamnya adalah RM2,000. Dia juga perlu membayar
RM30.60 kos transaksi penjualan tersebut, di mana hasil akhir penjualannya
menjadi RM1,969.40. Jadi keuntungan yang Pak Kodi dapat adalah RM338.92.
RM338.92 mungkin tak banyak tapi kena ingat Pak Kodi cuma
melabur RM1,630.48 je dalam tempoh 3 bulan. Itu bersamaan keuntungan sebanyak
20.79%, lagi elok dari dia biarkan duit dalam akaun simpanan.
Kesimpulannya, tak perlu pun modal yang besar untuk melabur.
Ianya perlu bersesuaian dengan risiko dan jangka masa pelaburan pelabur. Jika
pelabur mempunyai modal yang lebih besar, pelabur akan dapat lebih banyak
pilihan saham untuk dibeli.
0 comments:
Post a Comment