APA PERANAN BROKER SEBENARNYA?
===============================
Untuk pengetahuan umum, pembelian dan penjualan saham dalam Bursa Malaysia
wajib melalui broker berdaftar dengan Bursa Malaysia. Anda tidak boleh berurusan
secara langsung dengan Bursa Malaysia kerana hanya broker yang mempunyai akses
direct dalam pasaran saham.
Dan anda akan berurusan dengan wakil mereka sama ada dealer atau remisier, tak
kira lah anda berurusan secara offline atau online.
Anda perlu tahu:
1. Broker bertindak sebagai agen.
Sama seperti agen hartanah, mereka menguruskan pembelian dan penjualan saham anda
sama ada online atau pun offline.
2. Caj broker dikenakan pada setiap transaksi jual dan
beli saham. Duti setem dan juga yuran penjelasan adalah caj yang dikenakan oleh
Bursa Malaysia, bukannya broker.
3. Broker juga terlibat dalam penyenaraian syarikat
baru di Bursa Malaysia dengan menjadi underwriter dan marketer syarikat
tersebut.
Jadi bagi mereka yang claim trade sendiri secara online dan tiada dealer atau
remisier, boleh semak balik siapa yang menjaga akaun saham anda. Sebab bila
anda ada masalah, menjadi tugas mereka untuk menyelesaikannya!
0 comments:
Post a Comment