KENALI DANA DAGANGAN BURSA (ETF)
================================
ETF melabur di dalam sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. ETF adalah disenaraikan dan didagangkan di bursa saham.
MENGAPA MELABUR DI DALAM ETF?
1. Diversifikasi
Dapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi. Ianya cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa.
2. Kos Rendah
ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah.
3. Diniagakan Seperti Saham
Sama seperti saham, anda boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan.
4. Cukup Telus
Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan. Malah portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF.
SOALAN LAZIM MENGENAI ETF:
1. Apakah yang perlu saya bayar apabila membeli dan menjual ETF?
Sama seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar komisyen broker, duti setem dan yuran penjelasan.
2. Apakah yang menentukan harga ETF?
Harga pasaran ETF biasanya hampir sama dengan Nilai Aset Bersih (NAV) dana, iaitu nilai pasaran asas saham dan sebarang pendapatan bersih tidah diagih. Bagaimanapun, harga ETF boleh dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran di dalam pasaran.
3. Apakah jangkaan untuk pulangan?
Pulangan pelaburan secara amnya sejajar dengan harga dan prestasi kadar hasil indeks asas ETF tersebut
4. Berapakah unit pelaburan minima?
ETF didagangkan di dalam lot dagangan minima 100 unit.
5. Adakah ETF membayar sebarang dividen?
Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegangnya secara tahunan atau separuh tahunan. Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami polisi agihan di dalam prospektus atau dokumen tawaran ETF.
6. Bagaimanakan urusniaga ETF diselesaikan?
Sama seperti urusniaga saham, iaitu tidak lewat dari 3 hari dagangan selepas tarikh urusniaga (T+3)
7. Adakah ianya mempunyai sebarang risiko?
Ya, sepertimana melabur di dalam saham, pelaburan ETF juga tertakluk kepada risiko turun dan naik pasaran. Prestasi ETF mungkin dipengaruhi secara langsung oleh prestasi komponen asasnya.
8. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum melabur di dalam ETF?
Anda dinasihatkan agar mengetahui perkara-perkara berikut sebelum melabur:
> Objektif dan strategi pelaburan ETF
> Maklumat mengenai indeks yang dijejaki oleh ETF
> Polisi dividen
> Yuran dan caj yang perlu anda tanggungi sebagai pelabur
> Sumber maklumat dagangan ETF
> Maklumat mengenai syarikat pengurusan
(Disebabkan pelaburan ini bagi tujuan jangka panjang, volume tidak berapa aktif atau dengan kata lain kurang liquidity)
0 comments:
Post a Comment