Sunday, 26 August 2018

Cabaran Komoditi Minyak


CABARAN HARGA MINYAK

=====================
Harga minyak adalah petunjuk utama untuk menentukan keadaan sesebuah ekonomi terutama di serantau kita. Kita perlu lihat bagaimana keadaan di sisi pembekalan dan sisi permintaan minyak tersebut. Rata rata pendapat dalam pasaran menyatakan harga minyak akan kekal mendatar dengan 'bias' menurun.

Pembekalan:

2 faktor yang menentukan pembekalan minyak adalah sumber baru minyak dan OPEC:
1. Terdapat banyak bekalan akan dilambakkan di pasaran minyak terutama dari gas syal di AS. Mengikut kajian IEA, AS akan menewaskan Rusia untuk menjadi pengeluar minyak terbesar dunia pada 2023.
2. OPEC juga akan sukar untuk mengawal disiplin pengeluarannya. Ini kerana kebanyakan negara seperti Iran, Iraq dan Kuwait telah melabur dalam kapasiti pengeluaran yang baru dan akan sedia menjualnya di pasaran untuk mendapatkan pulangan pelaburan mereka.

Permintaan:

Walaupun kebanyakan negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan telah meningkatkan perbelanjaan modal mereka tetapi kebanyakan modal tersebut telah disalurkan ke tenaga baru seperti tenaga solar dan angin. Ini kerana kos tenaga solar dan angin telah menurun dan teknologi terkini untuk menyimpan tenaga tersebut telah menjadi lebih maju. Jadi permintaan minyak akan mula susut pada masa hadapan.

Risiko:

Harga minyak boleh kembali meningkat sekiranya negara negara seperti Venezuela, negara Arab dan Afrika mengalami ketidakstabilan politik dan ancaman peperangan.

Secara ringkas, kejatuhan harga minyak boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengawal inflasi, membaiki akaun luaran negara dan memperkuatkan kedudukan fiskal negara...jika mereka bukan negara pengeluar minyak.

0 comments:

Post a Comment