WOW BANYAKNYA REIT DI SINGAPURA!
===================
Mesti ramai tak tahu apa itu REIT. REIT ini adalah amanah
pelaburan hartanah macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu.
Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham jadi pelabur berpeluang
mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.
Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi
beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian,
hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun pusat data. Pendapatan utama REIT ini
adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak dan juga segala pendapatan lain
yang boleh dijana seperti iklan dan lain lain di dalam aset hartanah mereka.
Selain itu, yang menariknya pasal REIT ini, ianya sesuai untuk
pelabur yang tidak gemarkan kadar penurunan atau kenaikan harga yang tidak
menentu (low volatility) berbanding saham lain. Lagi lagi REIT di Asia ini.
Ianya mempunyai volatility yang rendah berbanding REIT di seluruh dunia.
Pulangan mereka juga lebih tinggi dari REIT di tempat lain.
TAPI 'INTEREST RATE' DAH MAKIN TINGGI.
Tiada satu sektor pun yang mampu lari dari faktor ini. Jadi cari
REIT yang betul betul kukuh. Antara kriterianya:
1. Pastikan sewa dan pendapatan dari hartanah tersebut meningkat
lebih laju dari kenaikan kos membayar hutang (interest).
2. Pastikan dividend REIT boleh berkembang lebih laju dari
kenaikan kos membayar hutang (interest). Cari yang mempunyai kadar pertumbuhan
yang tinggi.
3. Mengikut kajian akademik di Universiti Cornell, REIT yang
kukuh mempunyai pinjaman yang kurang dan tempoh kematangan pinjaman tersebut
yang panjang, majoriti pinjaman tersebut dibuat pada kadar tetap, kurang
mempunyai hutang yang bercagar, mempunyai kemudahan kredit yang besar tetapi
kurang menggunakannya dan mempunyai rizab tunai yang kecil.
4. Mempunyai purata tempoh kematangan hutang 4 tahun ke atas dan
mempunyai 4 kali kemampuan membayar interest.
ASALKAN REIT TERSEBUT MEMPUNYAI SALAH SATU KRITERIA SUDAH
MEMADAI!
Berbalik pada cerita Singapura! Ada 38 REIT diapungkan di sana! TIGA PULUH LAPAN!! Antara REIT yang dianggap
kukuh di sana adalah:
1. KEPPEL DC REIT
2. FRASER CENTREPOINT TRUST
3. MAPLETREE INDUSTRIAL TRUST
4. CAPITALAND COMMERCIAL TRUST
5. OUE HOSPITALITY TRUST
6. FAR EAST HOSPITALITY TRUST
7. CAPITALAND MALL TRUST
8. MAPLETREE LOGISTICS TRUST
9. STARHILL GLOBAL REIT
10. ASCOTT RETAIL TRUST
Psstt..ini belum kira lagi pulangan dividen mereka lepas tukar
ke matawang Malaysia.
(Maybank Investment Bank pun boleh trade global)
0 comments:
Post a Comment