PERNAH PERASAN TAK BAHAGIAN T-O
(THEORETICAL OPENING PRICE) DEKAT DALAM PLATFORM?
=============================
Theoretical Opening Price ini digunakan sebagai viewing period di mana pelabur boleh tengok harga buka yang akan
ditentukan oleh demand & supply (buyer & seller) 30 minit sebelum
pasaran dibuka pada pukul 9 pagi.
Sebagai contoh, order beli dan jual serta theoretical opening price untuk
setiap kaunter boleh dilihat dari pukul 8.30am - 9.00am sebelum pasaran dibuka. Viewing period ini juga berlaku pada sesi kedua iaitu pukul 2.00pm
- 2.30pm.
Viewing period 30 minit ini memberi pelabur peluang untuk menganalisa
sentimen pasaran dan prestasi saham sebelum pasaran dibuka. Kalau nak tengok
saham tu boleh gap up atau gap down masa pasaran dibuka waktu ini juga lah!
0 comments:
Post a Comment