FAHAMI APA ITU BIDAAN MINIMUM
SAHAM
===========================
Kadang-kadang kita pernah dengar orang berborak
"aku hold 3,4 bid aku jual lah'. Ramai yang faham, tapi masih ada yang
keliru. "3,4 bid tu 3,4 sen ke?"
Bidaan minimum atau saiz tick adalah variasi harga minimum antara harga beli
dan harga jual sesebuah saham. Sekarang ni saiz tick dah diturunkan selaras
dengan apa yang dipraktikkan di pasaran negara membangun yang bertujuan
memperbaiki liquidity pasaran saham
tersebut.
JADI BERAPA SAIZ TICK SAHAM? Bergantung pada harga.
Harga Saham
|
Saiz Tick (sen)
|
Bawah RM1.00
|
0.5
|
RM1.00 – RM9.99
|
1
|
RM10.00 – RM99.98
|
2
|
Atas RM100.00
|
10
|
Sebagai contoh, untuk Saham ABC yang berharga RM0.50,
setiap kenaikan atau penurunan adalah dengan gandaan 0.5 sen. Jadi harga boleh
jadi RM0.49, RM0.495, RM0.50, RM0.505, RM0.51. Jadi kalau orang kata saham naik
3 bid, maksudnya harga menjadi
RM0.515.
Begitu juga Saham XYZ yang berharga RM105, kenaikan atau penurunan adalah dalam
gandaan 10 sen. Jadi kalau harga naik 3 bid bersamaan RM105.30.
Boleh rujuk gambar contoh!
Untuk pelaburan ETF pula berbeza:
PELABURAN
|
HARGA PASARAN
|
SAIZ TICK (sen)
|
ABFMY1
|
Sebarang harga
|
0.1
|
ETF lain
|
Bawah RM1.00
|
0.1
|
|
RM1.00 – RM2.995
|
0.5
|
|
Atas RM3.00
|
1
|
Oleh kerana pelaburan ETF tak liquid (buyer dan seller tak banyak), saiz tick juga lebih
kecil. Maksudnya kenaikan dan penurunan harga dalam gandaan lebih kecil.
0 comments:
Post a Comment