Sunday, 27 January 2019

Kos Transaksi


KOS BELI DAN JUAL SAHAM
============================

Mungkin ada yang tak tahu, setiap pembelian dan penjualan saham akan dikenakan kos tertentu. Apakah kos-kos tersebut?

1. CAJ BROKER

Caj broker bergantung pada jenis akaun saham anda.

2. DUTI SETEM (BURSA MALAYSIA)

RM1 untuk setiap RM1,000 nilai transaksi saham. Maksimum duti setem dikenakan adalah RM200 dalam satu transaksi.
Contoh, anda beli saham ABC 10,000 unit pada harga RM0.35. Jumlah belian adalah RM3,500. Jadi duti setem dikenakan adalah RM4.

3. YURAN PENJELASAN (BURSA MALAYSIA)

0.03% dari nilai transaksi saham. Maksimum caj penjelasan dikenakan adalah RM1,000 dalam satu transaksi. Tiada caj minimum dikenakan.
Contoh, dari belian saham ABC 10,000 unit pada harga RM0.35 tadi (RM3,500), anda akan dikenakan caj penjelasan sebanyak RM1.05.
.
.
Oleh itu, seeloknya pelabur menjaga kuantiti belian mereka. Jangan beli terlalu sedikit, ada yang beli 100 - 200 unit, susah nak cover kos beli dan jual ni. Ingat, duti setem & yuran penjelasan adalah caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia, bukan dari broker. Sebelum ni ada GST dikenakan pada caj broker dan yuran penjelasan, sekarang belum ada lagi.


Wednesday, 16 January 2019

Bidaan Minimum


FAHAMI APA ITU BIDAAN MINIMUM SAHAM
===========================

Kadang-kadang kita pernah dengar orang berborak "aku hold 3,4 bid aku jual lah'. Ramai yang faham, tapi masih ada yang keliru. "3,4 bid tu 3,4 sen ke?"

Bidaan minimum atau saiz tick adalah variasi harga minimum antara harga beli dan harga jual sesebuah saham. Sekarang ni saiz tick dah diturunkan selaras dengan apa yang dipraktikkan di pasaran negara membangun yang bertujuan memperbaiki liquidity pasaran saham tersebut.

JADI BERAPA SAIZ TICK SAHAM? Bergantung pada harga.


Harga Saham
Saiz Tick (sen)
Bawah RM1.00
0.5
RM1.00 – RM9.99
1
RM10.00 – RM99.98
2
Atas RM100.00
10

Sebagai contoh, untuk Saham ABC yang berharga RM0.50, setiap kenaikan atau penurunan adalah dengan gandaan 0.5 sen. Jadi harga boleh jadi RM0.49, RM0.495, RM0.50, RM0.505, RM0.51. Jadi kalau orang kata saham naik 3 bid, maksudnya harga menjadi RM0.515.

Begitu juga Saham XYZ yang berharga RM105, kenaikan atau penurunan adalah dalam gandaan 10 sen. Jadi kalau harga naik 3 bid bersamaan RM105.30.

Boleh rujuk gambar contoh!

Untuk pelaburan ETF pula berbeza:

PELABURAN
HARGA PASARAN
SAIZ TICK (sen)
ABFMY1
Sebarang harga
0.1
ETF lain
Bawah RM1.00
0.1

RM1.00 – RM2.995
0.5

Atas RM3.00
1

Oleh kerana pelaburan ETF tak liquid (buyer dan seller tak banyak), saiz tick juga lebih kecil. Maksudnya kenaikan dan penurunan harga dalam gandaan lebih kecil.

Theoretical Opening Price



PERNAH PERASAN TAK BAHAGIAN T-O (THEORETICAL OPENING PRICE) DEKAT DALAM PLATFORM?
=============================

Theoretical Opening Price ini digunakan sebagai viewing period di mana pelabur boleh tengok harga buka yang akan ditentukan oleh demand & supply (buyer & seller) 30 minit sebelum pasaran dibuka pada pukul 9 pagi.

Sebagai contoh, order beli dan jual serta theoretical opening price untuk setiap kaunter boleh dilihat dari pukul 8.30am - 9.00am sebelum pasaran dibuka. Viewing period ini juga berlaku pada sesi kedua iaitu pukul 2.00pm - 2.30pm.

Viewing period 30 minit ini memberi pelabur peluang untuk menganalisa sentimen pasaran dan prestasi saham sebelum pasaran dibuka. Kalau nak tengok saham tu boleh gap up atau gap down masa pasaran dibuka waktu ini juga lah!

Tuesday, 1 January 2019

Board Lot

JUMLAH MINIMA SAHAM YANG KENA BELI

=================

Saham di Bursa Malaysia kena beli dalam jumlah yang specifik. Ia dijual dalam board lot, di mana 1 lot = 100 unit saham. Jadi kita beli dalam gandaan 100 unit. Tapi ada orang lama dalam saham ni masih rujuk 1 lot = 1,000 unit. Kalau jumpa orang orang macam ni kira dia otai dah tu.

Nak beli jumlah yang lebih rendah dari board lot dipanggil special lot atau odd lot. Dekat sini 1 unit pun boleh beli. Tapi harga boleh jadi tak sama dengan harga semasa dan tak liquid, di mana jumlah buyer dan seller amat sedikit.