APA BEZA MAIN MARKET, ACE MARKET & LEAP MARKET?
======================
Kalau dekat platform dagangan Maybank, kita selalu perasan
ada saham warna biru, ada warna ungu dan ada juga warna kuning. Kenapa ada
macam macam warna? Lain ke?
JOM KITA TENGOK SECARA RINGKAS PERBEZAAN MEREKA.
Warna Biru: Main
Market
1. Merupakan syarikat kukuh yang mempunyai
track record
2. Mempunyai kriteria yang ketat seperti kena
menjalani profit test, market capitalisation test & infrastructure project
capitalisation test
3. Minimum kena ada 1,000 pelabur awam yang membeli
at least 100 unit
4. Kena beri 50% dari jumlah saham yang
diperuntukkan untuk public ke Bumiputera
Warna Ungu: Ace
Market
1. Syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan
yang tinggi seperti syarikat IT
2. Tiada minimum kriteria yang ditetapkan
3. Minimum kena ada 200 pelabur awam yang membeli
at least 100 units
4. Tiada peruntukan minimum kepada Bumiputera
kecuali selepas capai rekod profit Main Market atau selepas 5 tahun berada
dalam Ace Market
Warna Kuning: Leap
Market
1. Syarikat SME (Kecil & Sederhana)
2. Hanya terbuka kepada pelabur sofistikated yang
memiliki pendapatan tahunan minimum RM300,000 atau minimum aset bernilai lebih
RM3 juta.
0 comments:
Post a Comment