Bagi pelabur yang belum mengenal ETF, ia adalah pelaburan dalam sekumpulan saham atau bon atau lain lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. Dengan kata lain, ianya sama seperti amanah saham tetapi ETF disenaraikan & didagangkan di dalam Bursa Malaysia.
4 KELEBIHAN MELABUR DI DALAM ETF:
1. Diversifikasi – pelabur dapat pendedahan kepada sekelompok sekuriti dalam satu transaksi & lebih efisien dalam mendapatkan pendedahan pelaburan serantau & antarabangsa.
2. Kos Rendah – ETF tidak mengenakan caj jualan seperti amanah saham & mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah.
3. Diniagakan seperti saham – urusniaga ETF boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan.
4. Telus – Harga ETF juga boleh dilihat pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan.
ETF sama seperti membeli & menjual saham, pelabur perlu membayar
komisyen broker, duti setem & yuran penjelasan. Ia juga didagangkan
dalam lot dagangan minima 100 unit. Urusniaganya akan diselesaikan tidak lewat
daripada 2 hari dagangan selepas tarikh urusniaga (T+2) & ianya perlu
dibeli secara tunai, bukan menggunakan margin atau pinjaman.
Harga pasaran ETF
biasanya hampir sama dengan Nilai Aset Bersih (NAV) dana, iaitu nilai pasaran asas saham & sebarang pendapatan bersih
tidak diagih. NAV ini yang orang kira untuk tentukan nilai sesebuah unit
amanah saham.
Pengagihan dividen
ETF kepada pemegangnya adalah sama ada secara tahunan atau separuh
tahunan. Pelabur disarankan membaca & memahami dasar agihan di dalam prospektus
atau dokumen tawaran ETF.
Sepertimana pelaburan
saham, pelaburan ETF juga tertakluk kepada risiko turun & naik
pasaran tetapi ianya berlaku pada kadar yang lebih rendah berbanding pelaburan saham.
Harganya boleh berubah dan dipengaruhi oleh permintaan & penawaran semasa
di dalam pasaran saham. Pulangan dan prestasi ETF juga boleh dipengaruhi
secara langsung oleh prestasi komponen asasnya.
Sebelum mula melabur dalam ETF, antara perkara yang perlu diambil peduli oleh pelabur:
1. Objektif & strategi pelaburan
2.Maklumat mengenai indeks yang dijejaki
3. Dasar dividen
4. Yuran & caj yang perlu ditanggung
5. Sumber maklumat dagangan ETF
6. Maklumat mengenai syarikat pengurusan
PERBANDINGAN
ANTARA ETF, SAHAM & AMANAH SAHAM:
ETF & amanah saham mempunyai diversifikasi aset. ETF
& saham boleh dibeli & dijual melalui broker manakala urusniaga amanah
saham boleh dilaksanakan melalui agen. Pembelian ETF akan diselesaikan
dalam tempoh T+2 manakala amanah saham akan diselesaikan dalam
kadar segera.
ETF & saham tidak mempunyai caj jualan seperti yang
dikenakan pada amanah saham sekitar 1.5% - 5.5% tetapi mempunyai komisyen broker,
yuran penjelasan & duti setem yang lebih rendah. Dari segi yuran
pengurusan pula, ETF mengenakan yuran pada kadar kurang daripada
1% manakala amanah saham mengenakan yuran dalam 1% - 2%.
Terdapat pelbagai jenis ETF yang ada di Bursa Malaysia seperti:
1. ABFMY1 – yang merupakan ETF pendapatan tetap/bon
2. MyETFDJ – yang merupakan ETF ekuiti shariah
3. GOLDETF – yang merupakan ETF komoditi shariah
Kesimpulannya,
jika pelabur inginkan pelaburan jangka panjang dengan dividen yang agak stabil
seperti amanah saham, ETF merupakan instrumen yang sesuai untuk
diterokai. Pastikan anda mempunyai akaun CDS untuk memulakan pelaburan.
0 comments:
Post a Comment