SAHAM YANG DIBELI MENJADI TIDAK PATUH SHARIAH?
==================================
Pernahkah anda memiliki saham tidak
patuh shariah yang pada mulanya berstatus patuh shariah? Jangan pelik, ini kerana
Majlis Penasihat Shariah (SAC) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan
memeriksa saham-saham di Bursa Malaysia sebanyak 2 kali setiap tahun. Senarai saham-saham yang telah bertukar status
akan dikeluarkan pada setiap bulan Mei
dan November.
Jadi bagi pelabur yang melabur atau
berdagang mengikut prinsip shariah, SAC menasihatkan supaya menjual semua saham
yang tidah patuh shariah yang dimiliki dalam
tempoh sebulan selepas mengetahui statusnya.
KEUNTUNGAN DARI SAHAM TIDAK PATUH SHARIAH
Bagaimana pula dengan keuntungan
hasil jualan saham tidak patuh shariah? Bolehkan ia disimpan? Segala bentuk keuntungan,
sama ada dalam bentuk kenaikan harga saham atau pun dividen, yang diterima semasa
atau selepas hari penjualan saham hendaklah disedekahkan kepada badan kebajikan. Walaubagaimana pun, pelabur
berhak menyimpan kos asal pelaburan
dan keuntungan yang dijana sehingga hari
pengumuman pertukaran status shariah tersebut.
Bagi mereka yang tertanya-tanya
bagaimana saham boleh hilang status
patuh shariah adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan dalam
operasi perniagaan. Faktor seperti penggabungan dan pengambil alihan syarikat
juga boleh menyumbang kepada perubahan status menjadi tidak patuh shariah.
Apabila saham itu hilang status patuh shariah, pelabur harus menjualnya secepat
mungkin.
Mungkin ada pelabur yang ingin menjual saham sehari selepas pengumuman
pertukaran status shariah saham tersebut. Pelabur perlu tahu bahawa sebarang keuntungan
yang diterima dari kenaikan harga semasa
melebihi daripada harga tutup pada hari pengumuman, harus disedekahkan kepada badan kebajikan.
Sebagai contoh, Pak Kodi membeli
10,000-unit saham DSONIC pada harga RM0.50.
Pada hari pengumuman pertukaran status menjadi tidak patuh shariah, harga saham
DSONIC meningkat dan tutup pada RM0.53.
Pada keesokan harinya, saham DSONIC melonjak lagi dan Pak Kodi menjual semua
saham tersebut pada harga RM0.55.
Jadi, jumlah keuntungan Pak Kodi perolehi adalah 5 sen untuk setiap saham. Akan tetapi, keuntungan yang dibenarkan
untuk disimpan hanya lah 3 sen
sesaham manakala 2 sen lagi perlu disedekahkan.
Itu adalah senario jika pelaburan
saham tersebut menguntungkan. Jika pelaburan saham tidak patuh shariah itu
mengalami kerugian, di mana harga semasa
berada di bawah harga beli, pelabur dibolehkan menyimpan saham tersebut.
Dividen yang diterima pada waktu itu juga dibenarkan untuk disimpan. Apabila dividen dan harga saham semasa menyamai kos
asal pelaburan, pelabur dinasihatkan untuk menjual pegangan saham mereka.
Untuk mengira kos asal pelaburan, ianya melibatkan caj broker, duti setem, yuran penjelasan dan termasuk cukai SST yang dikenakan pada setiap pembelian
dan penjualan saham.
Secara ringkasnya:
1. Keuntungan
yang dijana sehingga pada hari
pengumuman pertukaran status shariah dibenarkan
untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi dari kos asal pelaburan.
2. Keuntungan
yang dijana selepas hari pengumuman
pertukaran status shariah tidak
dibenarkan untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi daripada harga
tutup pada hari pengumuman tersebut.
0 comments:
Post a Comment