SEBELUM MULA MELABUR PART 5: BELI
SAHAM YANG LIQUID SAHAJA
================================
Tengok dekat bahagian ‘Volume’ pada
platform. Ini adalah jumlah saham yang telah didagangkan pada hari tersebut.
Jika kita darabkan jumlah ini dengan harga saham tersebut, kita akan dapat tahu
berapa nilai saham yang dah bertukar tangan pada hari itu. Jika jumlah tersebut
tinggi, bermakna saham tersebut liquid, di mana saham itu senang dibeli dan
yang lebih penting senang juga dijual. Perkara terakhir yang kita ingin terjadi
selepas membeli saham adalah tersangkut kerana tidak ada pembeli mencukupi ketika
ingin menjual saham.
Senario:
Harga tutup saham OFI adalah RM0.30 dan
volume adalah sebanyak 1,000 lot. Ini bermaksud saham bernilai RM3,000 telah
didagangkan secara purata pada hari tersebut. Dengan kata lain, OFI mempunyai
purata nilai dagangan sebanyak RM3,000 setiap hari.
Sekarang anda mempunyai saham OFI
bernilai RM10,000 yang anda ingin jual. Jika anda masukkan kesemua order jual
anda dalam pasaran, anda telah masukkan jumlah dagangan yang bersamaan purata 3
hari dagangan. Jadi susah untuk dapatkan pembeli yang mencukupi ketika anda
ingin menjual saham tersebut pada harga yang anda inginkan.
Untuk memastikan anda melabur dalam
saham yang liquid, beli saham yang mempunyai nilai dagangan sekurang kurangnya
10 kali lagi besar dari jumlah yang anda ingin laburkan. Jika anda ingin melabur
RM10,000 dalam sesebuah saham, pastikan saham tersebut mempunyai purata
dagangan minimum RM100,000 sehari.
0 comments:
Post a Comment