PERNAH PERASAN TAK TANDA
SERU SEBELAH NAMA SAHAM?
=================================
Ya betul! Itu bukan tanda menyeru kita membeli ya. Itu tanda
syarikat yang mempunyai masalah kewangan. PN17 merujuk pada saham syarikat
Pasaran Utama, GN3 merujuk pada saham Pasaran ACE.
Antara sebab syarikat memiliki tanda seru ini adalah:
1. Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% modal
berbayar mereka
2. Pihak ketiga dilantik untuk mengambil alih aset syarikat
3. Anak syarikat atau syarikat berkaitan telah gulung tikar
4. Auditor mengeluarkan pendapat buruk tentang syarikat
5. Syarikat gagal membuat pembayaran pinjaman
6. Operasi syarikat telah digantung & diberhentikan
7. Syarikat tidak mempunyai sebarang operasi perniagaan utama
.
Biasanya orang yang beli syarikat yang mempunyai fundamental yang teruk &
spekulatif ini disebabkan tips dan rumors yang tak masuk akal. Syarikat ini
juga sebenarnya tidak diuruskan dan tidak mempunyai rekod yang baik.
.
Ada juga pelabur yang tak sedar, kaunter yang dia beli tu PN17 atau GN3. Lagi
sedih, dia tak sedar pun kaunter tu dah dinyahkan dari Bursa Malaysia. Tahu
tahu dah takde!
.
Itulah gunanya sistem cutloss, di mana kita meminimakan kerugian kita. Biasanya
bila syarikat dah mula keluar berita tak enak seperti gagal bayar pinjaman,
mempunyai masalah kewangan atau lambat melaporkan kedudukan kewangan syarikat,
siap sedia lah. Ianya bakal diikuti dengan beberapa siri berita buruk yang
lain.
.
Ada juga pelabur yang sanggup peram dan harapkan harga saham pulih satu hari
nanti. Tetapi biasanya mereka sanggup cutloss apabila syarikat itu bakal
dinyahkan seperti kaunter PERISAI baru baru ini.
0 comments:
Post a Comment