Risiko Geo-Politik
======================
Terdapat dua sebab mengapa politik akan menjadi lebih penting:
1. Terdapat ancaman yang lebih besar dari politik dengan
beberapa perubahan politik yang berpotensi buruk yang ramai memandang remeh.
Kuasa AS kini makin berkurangan. Dunia berada dalam keadaan
tidak seimbang kerana beralih dari sistem yang dikuasai AS kepada multi-polar. Khususnya, kebangkitan China yang telah kemuncak. Juga, banyak
populasi penduduk di negara maju dan negara sedang pesat membangun menderita
disebabkan kesan dari teknologi dan perubahan yang pesat.
Di Asia, terdapat beberapa potensi merbahaya:
a) Ketegangan Sino-India dipandang remeh. Tentera China dan India telah
terlibat dalam pertelingkahan di rantau Doklam.
b) Risiko Korea Utara masih ada.
c) Laut China Selatan tetap menjadi rebutan.
2. Faktor yang membolehkan pasaran melantun dengan mudah dari
kejutan politik adalah liquidity mudah dan interest rate yang rendah - akan
berakhir.
US Federal Reserve akan mula mengurangkan saiz akaunnya dan
mula menaikkan interest rate. ECB juga sedang mempertimbangkan untuk menormalkan
keadaan monetarinya. Pemulihan ekonomi dunia juga membuatkan syarikat akan
memerlukan lebih banyak sumber kewangan untuk perniagaan mereka, jadi
permintaan yang lebih tinggi untuk kredit tetapi kekurangan kelebihan liquidity yang akan mengalir masuk untuk menyokong pasaran aset.
Secara ringkasnya, pelabur tidak harusnya mengambil mudah dengan
risiko geo-politik.
0 comments:
Post a Comment