Pengajaran Dari Krisis Kewangan Asia.
=======================
Selepas berbulan menahan serangan spekulatif terhadap matawang
negaranya, bank pusat Thailand membenarkan matawangnya diapungkan, membolehkan
kadar tukarannya jatuh secara mendadak. Tidak lama kemudian, matawang dan
pasaran saham di seluruh rantau ini berada di bawah tekanan kerana aliran masuk
modal jangka pendek yang mudah dibawa keluar berlaku dalam keadaan besar
besaran. Kemudian, matawang Indonesia, Malaysia dan Filipina juga telah jatuh.
Kebanyakan ekonomi lain di Asia Timur juga mengalami tekanan
yang besar. Matawang Korea Selatan juga runtuh berikutan penarikan balik
sokongan matawangnya. Tekanan penurunan nilai ini yang disebabkan oleh
keinginan untuk mengekalkan kelebihan kos yang kompetitif terhadap matawang
lain yang telah jatuh di kalangan pengeksport Asia Tenggara.
Selepas itu, kekurangan liquidity kewangan, tindak balas polisi yang tidak sesuai dan tindak balas pasaran yang kurang bermaklumat,
kemudian memburukkan lagi rantaian peristiwa ini.
0 comments:
Post a Comment