Apa Yang Kita Faham Mengenai Kos Sara Hidup?
=======================
Kos sara hidup hanyalah satu petanda kepada isu yang lebih fundamental iaitu kuasa membeli. Secara ringkasnya, kuasa membeli adalah
kemampuan memiliki barangan dan perkhidmatan, mengikut tahap pendapatan rakyat
biasa.
Perbandingan yang lebih relevan mengenai kemampuan sesebuah
bandar untuk rakyat biasa bukanlah dari segi kos sara hidup tetapi kuasa
membeli.
Terdapat kajian oleh beberapa penyelidik di Universiti
Nasional Singapura mengenai isu ini. Terdapat 2 pemerhatian kritikal:
1. Sekalipun Singapura adalah bandar yang lebih mahal berbanding
Kuala Lumpur, kemampuan rakyat biasa di Singapura lebih tinggi daripada
kemampuan rakyat biasa di KL. Sebagai contoh, tiket penerbangan pulang dari KL
- Singapura dengan Malaysia Airlines adalah RM365 atau S$117. Seorang rakyat
Malaysia yang mendapat pendapatan RM2,500 sebulan pastinya lebih rugi ketika
membeli tiket berbanding dengan rakyat Singapura yang mendapat pendapatan
S$2,500 sebulan.
2. Bandar yang mempunyai kuasa membeli paling kuat juga
merupakan antara bandar yang paling mahal di dunia.
Berdasarkan kesan Balassa-Samuelson dalam ekonomi, di mana
negara-negara yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi cenderung juga
menjadi lebih mahal, kos sara hidup yang lebih tinggi juga boleh terjadi akibat
peningkatan produktiviti dan pembangunan ekonomi. Jadi harga yang lebih tinggi
boleh menjadi faktor positif.
Oleh itu, masalah sebenar yang perlu ditangani kerajaan
bukanlah peningkatan kos sara hidup tetapi kuasa pembelian yang rendah. Ia
sepatutnya cuba untuk meningkatkan pendapatan daripada memberi tumpuan kepada
mengurangkan kos. Antara langkah yang boleh diambil seperti pemberian BR1M,
program memperkasakan ekonomi bumiputera, penghapusan penggunaan orang tengah
dalam urusan, pemberian subsidi perubatan dan menyediakan perumahan mampu
milik.
Selain itu, di peringkat individu, kita juga bukan sahaja perlu
berjimat. Kita perlu tahu cara untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Ramai
kenalan saya mula bekerja sebagai pemandu Grab, membuat kerja part time sebagai ejen unit trust atau insurans, ada juga membuat bisnes kecil-kecilan
semasa hari minggu.
SAYA? SAYA MEMILIH UNTUK MELABUR UNTUK MEMASTIKAN KUASA
MEMBELI SAYA TIDAK TERJEJAS PADA MASA HADAPAN.
0 comments:
Post a Comment