Friday, 21 September 2018

Cadangan Pek Rokok Lebih Kecil?


Pek Rokok Yang Lebih Kecil?

=========================
Kerajaan telah mencadangkan untuk memperkenalkan semula pek rokok 10 batang yang lebih kecil. Ia telah mendatangkan banyak kritikan terutamanya ada andaian peningkatan insiden merokok di kalangan orang muda dan remaja bawah umur.

Bagi saya, andaian ini tidak kena atas dua sebab:
1. Menjual rokok kepada remaja bawah umur masih menjadi satu kesalahan, tanpa mengira saiz pek rokok. Yang salah penjual yang masih ada menjual rokok 'batang-batang' kepada remaja ini.

2. Perokok mempunyai kecenderungan ingin menghabiskan satu pek sebaik sahaja mereka membukanya, dan kemudian tunggu sehingga mereka boleh membeli satu pek lagi. Ini boleh mengurangkan penggunaan akibat "tempoh ruang" dari masa rokok habis dan masa membeli rokok baru.

Isu sebenar ialah kerajaan gagal mengawal perlambakan rokok haram ke negara ini. 60% rokok dijual di sini adalah rokok haram atau bersamaan 3 juta daripada 5 juta perokok menghisap rokok tersebut. Ini mewujudkan ancaman bagi perniagaan rasmi. Kerajaan juga kehilangan hasil cukai, dan perokok terdedah kepada produk berbahaya dengan kandungan yang tidak dapat disahkan.

Oleh itu, terdapat peluang yang lebih baik untuk pengguna memilih rokok yang disahkan dengan harga yang lebih rendah. Mungkin ia boleh membantu dalam mengurangkan keseluruhan penggunaan rokok disebabkan kesan "tempoh ruang" tersebut.

Sudah tentu, ini semua hanya hipotesis dan merokok masih berbahaya sama ada rokok haram atau 'halal'. Tetapi cadangan ini cuba mencipta satu situasi win-win bagi semua pihak.

0 comments:

Post a Comment