PELABURAN EMAS
======================
Dalam bidang pelaburan ada banyak kelas aset pelaburan seperti
hartanah, saham, bon, unit amanah dan juga emas. Tapi pastikan setiap pelaburan
tersebut melalui agensi yang diiktiraf dan memiliki lesen. Jadi anda boleh
mengurangkan risiko pelaburan dengan mempelbagaikan aset pelaburan.
Harini saya nak cerita secara ringkas tentang pelaburan emas;
sama ada fizikal ataupun futures. Kenapa anda boleh membeli emas sebagai
salah satu aset dalam portfolio anda?
1. Harga emas selalunya akan meningkat tinggi apabila
terdapatnya risiko ekonomi, kewangan dan geopolitik yang serius. Tapi ia juga
boleh jadi volatile (kadar turun naik yang tinggi) di puncak krisis.
2. Prestasi emas memang terbaik apabila terdapatnya risiko
kenaikan kadar inflasi yang tinggi.
3. Kebanyakan negara yang banyak berhutang, akan menggalakkan
pelabur untuk membeli emas daripada membeli bon kerajaan yang mempunyai risiko
lebih tinggi.
Tapi kena tahu juga, emas tidak seperti aset lain yang menjana
pendapatan. Saham ada dividen, bon ada kupon, dan rumah ada kadar sewa. Emas
hanya bergantung pada kadar kenaikan harga.
0 comments:
Post a Comment