DISPOSITION EFFECT
======================
Teori prospek menjelaskan mengenai apa yang dipanggil
sebagai disposition effect, bahawa pelabur lebih cenderung untuk mengunci
kemenangan dengan menjual stok yang naik/untung daripada menjual stok yang turun/rugi untuk mengeluarkan duit, walaupun prospek saham yang turun lagi teruk dan boleh jatuh lagi.
Dalam fikiran kita, kita mempunyai mental accounting mengenai
prestasi saham kita di atas kertas; menjual saham kita yang turun/rugi di atas kertas
membawa perasaan negatif yang boleh melampaui insentif yang kuat untuk kita
memaksimumkan pulangan portfolio keseluruhan kita dengan menyimpan saham yang
tengah naik/untung.
Sebab itu, untuk trader yang terlatih, setiap saham yang mereka
masuk mempunyai satu sistem sebagai satu guideline. Pada harga berapa mereka
perlu beli, pada harga mereka boleh lock in profit dan pada harga berapa
mereka perlu cutloss. Memang cutloss bukan satu perkara yang mudah. Ia
melibatkan emosi seperti yang diterangkan tadi. Tetapi trader yang cemerlang,
adalah trader yang berjaya mengawal emosi.
Oleh itu, bila kita nak cash out, jual saham yang tengah rugi, yang untung tu biarkan dia naik lagi selagi masih dalam uptrend.
0 comments:
Post a Comment