STRATEGI PENGURUSAN RISIKO
============================
Dalam pelaburan saham, amat penting
untuk kita faham risiko-risiko yang terlibat dan ketahui cara mengurangkan
pendedahan terhadap risiko-risiko ini! Proses ini yang dinamakan Pengurusan
Risiko.
3 ELEMEN PENGURUSAN RISIKO YANG PERLU ANDA KETAHUI
1. PELBAGAIKAN
PEGANGAN SAHAM
Kita perlu
mempelbagaikan pegangan saham kita untuk mengurangkan pendedahan risiko dalam
sesuatu saham. Antara caranya adalah dengan memecahkan modal kita supaya
pegangan dalam sesuatu saham tidak melebihi 20% daripada modal tersebut. Tetapi
kalau modal tersebut terlalu kecil, tidak perlu lah anda menggunakan strategi
ini kerana khuatir akan memerlukan kenaikan harga yang tinggi untuk pulang
modal disebabkan kuantiti yang sedikit.
Jangan pula
sampai mempelbagaikan terlalu banyak saham dalam satu masa. Secara amnya, hadkan
pegangan maksima saham anda dalam 5 – 10
saham dalam satu masa.
2. WUJUDKAN
SISTEM CUTLOSS
Apabila pedagang
amatur membeli saham, mereka hanya fokus pada kenaikan harga. Jika harga saham
jatuh, mereka akan peram dan mengharapkan harga akan pulih semula. Berlainan
pula dengan pedagang pro, mereka
faham bahawa kenaikan harga saham adalah satu
kebarangkalian, bukannya satu kepastian. Apabila mereka membeli, mereka
sudah pun mempunyai harga stoploss, di mana apabila harga
jatuh pada harga stoploss tersebut mereka akan terus jual dengan cepat bagi
mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Ini kerana mengekalkan modal anda amat penting
untuk berjaya dalam pelaburan. Sekiranya anda melabur saham dan mendapat
kerugian besar, amat susah untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan.
Dengan adanya kerugian yang besar, anda kena mendapatkan keuntungan yang besar juga
bagi mendapatkan modal kembali. Jadi, kunci
kejayaan dalam pelaburan adalah dengan meminimumkan kerugian.
3. WUJUDKAN
SASARAN HARGA UNTUK KELUAR
Pedagang pro juga tahu bila mereka perlu menjual
untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat beberapa strategi boleh digunakan. Antaranya
dengan menganjakkan stoploss. Jika harga saham meningkat, mereka juga akan turut
menaikkan stoploss. Ini yang dipanggil trailing stoploss.
Bergantung pada cara pelaburan anda, ada yang menggunakan 10% stoploss.
Ini bermaksud apabila harga baru saham jatuh 10% dari harga tertinggi
terbarunya, maka pelabur akan menjual saham demi memelihara keuntungannya. Tapi
kena ingat, jika stoploss terlalu kecil,anda mungkin akan menjual terlalu awal. Jika
stoploss
terlalu besar, anda mungkin akan mengorbankan terlalu banyak keuntungan sebelum
menjual. Jadi seeloknya, mulakan dengan 10%.
0 comments:
Post a Comment