Tuesday, 26 February 2019

Sebelum Mula Melabur Part 2: Ada Pengurusan Risiko


STRATEGI PENGURUSAN RISIKO
============================
Dalam pelaburan saham, amat penting untuk kita faham risiko-risiko yang terlibat dan ketahui cara mengurangkan pendedahan terhadap risiko-risiko ini! Proses ini yang dinamakan Pengurusan Risiko.

3 ELEMEN PENGURUSAN RISIKO YANG PERLU ANDA KETAHUI

    1. PELBAGAIKAN PEGANGAN SAHAM

Kita perlu mempelbagaikan pegangan saham kita untuk mengurangkan pendedahan risiko dalam sesuatu saham. Antara caranya adalah dengan memecahkan modal kita supaya pegangan dalam sesuatu saham tidak melebihi 20% daripada modal tersebut. Tetapi kalau modal tersebut terlalu kecil, tidak perlu lah anda menggunakan strategi ini kerana khuatir akan memerlukan kenaikan harga yang tinggi untuk pulang modal disebabkan kuantiti yang sedikit.

Jangan pula sampai mempelbagaikan terlalu banyak saham dalam satu masa. Secara amnya, hadkan pegangan maksima saham anda dalam 5 – 10 saham dalam satu masa.

2. WUJUDKAN SISTEM CUTLOSS

Apabila pedagang amatur membeli saham, mereka hanya fokus pada kenaikan harga. Jika harga saham jatuh, mereka akan peram dan mengharapkan harga akan pulih semula. Berlainan pula dengan pedagang pro, mereka faham bahawa kenaikan harga saham adalah satu kebarangkalian, bukannya satu kepastian. Apabila mereka membeli, mereka sudah pun mempunyai harga stoploss, di mana apabila harga jatuh pada harga stoploss tersebut mereka akan terus jual dengan cepat bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Ini kerana mengekalkan modal anda amat penting untuk berjaya dalam pelaburan. Sekiranya anda melabur saham dan mendapat kerugian besar, amat susah untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan. Dengan adanya kerugian yang besar, anda kena mendapatkan keuntungan yang besar juga bagi mendapatkan modal kembali. Jadi, kunci kejayaan dalam pelaburan adalah dengan meminimumkan kerugian.

3. WUJUDKAN SASARAN HARGA UNTUK KELUAR

Pedagang pro juga tahu bila mereka perlu menjual untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat beberapa strategi boleh digunakan. Antaranya dengan menganjakkan stoploss. Jika harga saham meningkat, mereka juga akan turut menaikkan stoploss. Ini yang dipanggil trailing stoploss. Bergantung pada cara pelaburan anda, ada yang menggunakan 10% stoploss. Ini bermaksud apabila harga baru saham jatuh 10% dari harga tertinggi terbarunya, maka pelabur akan menjual saham demi memelihara keuntungannya. Tapi kena ingat, jika stoploss terlalu kecil,anda mungkin akan menjual terlalu awal. Jika stoploss terlalu besar, anda mungkin akan mengorbankan terlalu banyak keuntungan sebelum menjual. Jadi seeloknya, mulakan dengan 10%.

Sebelum Mula Melabur Part 1: Mulakan Dengan Pelan Kewangan


MULAKAN DENGAN PELAN KEWANGAN
===============================

Kita kena anggap melabur saham ini sama seperti mengusahakan perniagaan. Kita perlukan masa, ilmu dan modal untuk berjaya. Pelan Kewangan adalah pelan perjalanan anda untuk berjaya.


Pilih Objektif Kewangan Anda:

- Sekiranya anda memerlukan aliran pendapatan yang stabil, cari saham berdividen.
- Sekiranya anda baru mula melabur saham, cari saham yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi. Objektif kewangan anda yang menentukan sama ada saham anda liquid atau pun tidak.


Pilih Tahap Risiko Anda;

- Jika anda gemar risiko pertengahan, saham blue-chip atau pun REIT sesuai untuk anda.
- Jika anda gemar risiko tinggi, saham small-cap dan mid-cap sesuai untuk anda.


Cara Mendapatkan Dana Pelaburan:

Kebanyakan orang menggunakan duit lebihan yang mereka kumpul untuk melabur saham. Tetapi ada juga yang memiliki simpanan tetap yang besar, di mana mereka boleh mendapatkan pinjaman dengan pihak bank pada kadar faedah yang lebih rendah untuk membeli saham. Ini dipanggil margin financing. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya tanpa segan silu!

Soal dana berapa banyak tu tak berapa penting! Yang penting anda memiliki ilmu supaya boleh melabur dengan lebih yakin!

Friday, 15 February 2019

Status Order Maybank Trade


BUAT TATAPAN PENGGUNA APP MAYBANK TRADE!
========================
Kalau guna platform web Maybank senang je nak check status order beli dan jual. Dekat bahagian Last Status tu ada penerangan seperti Order Confirmed, All Matched atau pun Order Rejected.
.
Tetapi kalau dekat app Maybank Trade dia bagi simbol huruf atau 'flag' je. Jadi nak memudahkan pengguna app Maybank Trade, boleh rujuk gambar ni untuk kesenangan anda!

Gelembung Spekulatif



GELEMBUNG SPEKULATIF
=============================

Menurut Robert J Shiller, gelembung spekulatif ini adalah satu situasi di mana berita tentang kenaikan harga (saham) dah tersebar yang menaikkan lagi semangat pelabur untuk membeli. Masa ni segala jenis berita akan keluar bagi me'logik'kan kenaikan harga tersebut. 
.
Ini dapat menarik pelbagai jenis pelabur, ada yang pada mulanya ragu ragu dengan nilai harga tersebut tetapi akibat rasa tak nak kalah atau cemburu tengok orang lain buat keuntungan dalam (saham) tersebut, dia pun nak masuk juga. Sebahagiannya didorong dengan rasa keseronokan menikam atau berjudi nasib.
.
Oleh itu, nak beli saham ni seeloknya kena ada trading plan. Kena tahu bila nak beli (entry) dan bila nak jual (exit). Jangan berpandukan berita yang keluar di akhbar, tv, radio dan social media semata-mata.


Beli & Jual Saham



BELI DAN JUAL SAHAM
===========================

Salah satu kelebihan melabur saham ni adalah boleh dilakukan selepas waktu trading Bursa Malaysia! Pasaran dibuka pada pukul 9am - 12.30pm dan disambung pada pukul 2.30pm - 5pm. Tetapi anda boleh melakukan research dan boleh masukkan order selepas waktu trading.
.
Ada yang kata terlalu sibuk dan taknak ganggu waktu bekerja. Tiada masalah! Anda boleh buat buat research pada waktu malam atau hujung minggu dan pilih cara trading yang sesuai.
.
ADA 2 CARA ANDA BOLEH MASUKKAN ORDER BELI & ORDER JUAL SAHAM:
.
1. Beli atau jual saham dekat MARKET ORDER.
Ini yang biasa orang buat pada waktu pasaran dibuka. Dimana setelah pelabur buat research semalaman, dia ingin membeli atau menjual saham pada harga semasa. Beli pada harga penjual atau jual pada harga pembeli. Dah takde nak beratur beratur. Terus done!

2. Beli atau jual saham dekat LIMIT ORDER.
Ini yang selalu dilakukan oleh mereka yang agak sibuk. Mereka meletakkan harga maksimum untuk dibeli atau harga minimum untuk dijual.


Katakanlah, selepas buat kajian kaunter DSONIC harga semasa RM0.50, pelabur ingin membeli pada harga RM0.485, pelabur boleh beratur pada harga tersebut. Apabila harga DSONIC turun pada harga RM0.485, maka done lah transaksi pelabur!
.
Cara begini elok untuk mengawal jumlah pelaburan anda. Ia juga boleh dilakukan diluar waktu trading Bursa Malaysia. Jadi tiada alasan anda terlalu sibuk dengan urusan seharian anda!

PN17 & GN3


PERNAH PERASAN TAK TANDA SERU SEBELAH NAMA SAHAM?
=================================

Ya betul! Itu bukan tanda menyeru kita membeli ya. Itu tanda syarikat yang mempunyai masalah kewangan. PN17 merujuk pada saham syarikat Pasaran Utama, GN3 merujuk pada saham Pasaran ACE.

Antara sebab syarikat memiliki tanda seru ini adalah:

1. Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% modal berbayar mereka
2. Pihak ketiga dilantik untuk mengambil alih aset syarikat
3. Anak syarikat atau syarikat berkaitan telah gulung tikar
4. Auditor mengeluarkan pendapat buruk tentang syarikat
5. Syarikat gagal membuat pembayaran pinjaman
6. Operasi syarikat telah digantung & diberhentikan
7. Syarikat tidak mempunyai sebarang operasi perniagaan utama
.
Biasanya orang yang beli syarikat yang mempunyai fundamental yang teruk & spekulatif ini disebabkan tips dan rumors yang tak masuk akal. Syarikat ini juga sebenarnya tidak diuruskan dan tidak mempunyai rekod yang baik.
.
Ada juga pelabur yang tak sedar, kaunter yang dia beli tu PN17 atau GN3. Lagi sedih, dia tak sedar pun kaunter tu dah dinyahkan dari Bursa Malaysia. Tahu tahu dah takde!
.
Itulah gunanya sistem cutloss, di mana kita meminimakan kerugian kita. Biasanya bila syarikat dah mula keluar berita tak enak seperti gagal bayar pinjaman, mempunyai masalah kewangan atau lambat melaporkan kedudukan kewangan syarikat, siap sedia lah. Ianya bakal diikuti dengan beberapa siri berita buruk yang lain.
.
Ada juga pelabur yang sanggup peram dan harapkan harga saham pulih satu hari nanti. Tetapi biasanya mereka sanggup cutloss apabila syarikat itu bakal dinyahkan seperti kaunter PERISAI baru baru ini.



Wednesday, 6 February 2019

Dividen Saham

DIVIDEN SAHAM
========================
Pelaburan saham bukan sahaja menawarkan peluang keuntungan daripada kenaikan harga saham. Pelabur juga berpeluang mendapatkan dividen dari saham yang dibeli. Untuk pengetahuan, KWSP melaburkan kira-kira 42% dari dana pelaburan mereka ke dalam pasaran saham Malaysia dan juga pasaran saham global. Pada 2017, 19.4% pendapatan pelaburan KWSP datangnya dari dividen yang bersamaan RM10.33 billion!

Dividen selalunya diberikan dalam bentuk wang yang dibayar kepada pemegang saham hasil daripada pendapatan semasa atau keuntungan terkumpul syarikat tersebut. Semua dividen wajib diisytiharkan oleh syarikat kepada Bursa Malaysia. Sesetengah syarikat menawarkan pelan pelaburan semula dividen, di mana pelabur boleh memilih untuk mendapatkan wang atau pun menambah saham syarikat tersebut.

Pemberian dividen merupakan salah satu cara syarikat mengembalikan modal atau memberi ganjaran pada pelabur dalam bentuk wang secara berkala. Bergantung pada dasar dividen syarikat tersebut, ada syarikat yang memberikan dividen sekali setiap tahun, ada yang dua kali setiap tahun, dan ada juga empat kali setiap tahun. Ada juga yang beri sekali sekala apabila berlakunya aktiviti yang jarang berlaku seperti penjualan aset atau pinjaman yang besar, maka syarikat yang tidak pernah memberi dividen pun mampu memberikan special dividend. Dividen dibayar mengikut setiap saham yang dimiliki.

Sebagai contoh, Encik Supian Suhaimi telah membeli 10,000-unit saham MEDIA. Apabila MEDIA memberikan dividen sebanyak RM0.11 seunit bermaksud Encik Supian bakal mendapat dividen sebanyak (10,000-unit x RM0.11) RM1,100.

Selain daripada dividen dalam bentuk wang, ada juga yang menawarkan dividen dalam bentuk saham tambahan atau pun saham syarikat lain yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selalunya dividen dalam bentuk saham syarikat lain ini menggunakan istilah dividend in specie. Syarikat akan memberikan dividen begini kerana ingin memberi ganjaran pada pelabur tetapi kekurangan wang dalam tangan (rujuk contoh di bawah, KUCHAI merupakan antara pemegang saham terbesar KLUANG).


JADI BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN DIVIDEN SAHAM?

Syarikat akan mengisytiharkan pemberian dividen kepada Bursa Malaysia. Pelabur akan mendapat tahu berapa dividen yang akan diterima untuk setiap saham yang mereka ada. Dari situ pelabur cuma perlu ingat dua tarikh sahaja iaitu hari kelayakan (Ex-Date) dan juga hari penerimaan dividen (Payment Date). Untuk mendapatkan dividen syarikat, pelabur perlu membeli saham syarikat pada bila bila masa sebelum Ex-Date. Pembelian saham semasa atau selepas Ex-Date tidak akan melayakkan pelabur mendapat dividen tersebut. Dividen tersebut akan terus masuk ke akaun simpanan pelabur pada Payment Date. Mudah sahaja kan?

Tapi kena ingat, harga saham akan diselaraskan pada Ex-Date. Jika syarikat tersebut memberikan dividen 45 sen seunit, pelabur harus menjangkakan harga saham akan turun 45 sen juga pada Ex-Date. Sebab itu lah jika inginkan dividen, tempoh masa pelaburan pelabur juga harus lebih panjang. Sebagai contoh, syarikat COMCORP pernah memberikan special dividen RM0.45 seunit. Harga akan diselaraskan seperti gambar di bawah.

Oleh itu, pelabur perlu selaraskan kembali carta dengan menekan simbol DUIT seperti di bawah.


Syarikat yang memberikan dividen biasanya mempunyai aliran tunai yang positif dan sudah melepasi peringkat perkembangan. Sebab itu syarikat yang baru mula berkembang jarang memberikan dividen kerana mereka memerlukan wang untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka. Dengan kata lain, syarikat yang mempunyai dasar dividen selalunya lebih kukuh, lebih defensif, kurang volatile dan harga tidak begitu murah.