APA ITU CONTRA TRADING?
==================================
==================================
Transaksi contra merujuk kepada jumlah hari yang
diambil untuk menyelesaikan sesuatu transaksi jual atau beli saham. Ia bermula dari
hari berlakunya transaksi beli atau jual
saham yang kita rujuk sebagai “T-day” dan berakhir dengan hari pembayaran saham yang kita rujuk
sebagai “T+3”. Dalam proses ini, Bursa Malaysia mengambil masa 3 hari bekerja untuk membuat pertukaran
duit dan saham di antara para pelabur. Jadi contra
trading berlaku apabila pelabur membuat urusan beli dan jual saham sebelum
berlakunya pembayaran saham tersebut pada hari ke-3.
Prosedur dalam
pembelian dan penjualan saham untuk transaksi contra sama seperti biasa. Cuma perbezaannya adalah sama ada pelabur
yang perlu bayar broker atau broker yang perlu bayar pelabur untuk
perbezaan harga transaksi beli dan jual saham tersebut.
§
Sekiranya harga
beli lebih tinggi dari harga jual, ini akan menjadi contra loss di mana pelabur
perlu bayar kerugian tersebut kepada broker
§
Sekiranya harga
jual lebih tinggi dari harga beli, ini akan menjadi contra profit, di mana broker perlu bayar keuntungan tersebut
kepada pelabur.
Transaksi contra ini adalah satu keistimewaan yang
diberikan oleh broker kepada pelabur.
Akan tetapi keistimewaan ini bergantung kepada jenis akaun saham pelabur. Ia
merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh broker yang membenarkan pelabur untuk membeli dan menjual saham
dalam tempoh masa 3 hari tanpa membayar kontrak pembelian tersebut. Untuk jenis
cash
account, pelabur hanya mendapat had pembelian bersamaan dengan jumlah
duit yang ada dalam akaun sahamnya. Untuk jenis collateralized direct account,
pelabur akan mendapat had pembelian bersamaan dengan 3 kali ganda jumlah duit
yang ada dalam akaun sahamnya.
Saya bagi 1
senario yang sering berlaku:
Pak Kodi
mempunyai duit RM10,000 di dalam
akaun sahamnya (collateralized direct account). Dia boleh membeli saham bernilai
sehingga RM30,000, di mana RM20,000 lagi merupakan kemudahan yang
diberikan oleh broker tersebut.
Jadi Pak Kodi
membeli 30,000-unit saham syarikat
getah XYZ pada harga RM0.80 (RM24,000)
pada hari Isnin (T-day). Beliau juga perlu membayar kos pembelian sebanyak RM132. Jumlah kos keseluruhan pembelian
Pak Kodi adalah RM24,132.
Beliau
menjangkakan sahamnya itu boleh naik dalam tempoh contra tersebut. Pak Kodi boleh menambah duit RM14,132 pada hari Khamis (T+3) sekiranya dia ingin menyimpan saham
tersebut. Sekiranya beliau gagal atau tidak ingin berbuat demikian, maka saham
bernilai RM14,132 itu wajib dijual
pada hari ke-4 atau hari Jumaat (T+4). Ini yang dipanggil sebagai force selling. Baki saham bernilai RM10,000 lagi boleh disimpan.
Andai kata, pada hari ke-3 iaitu hari Khamis (T+3) harga saham
Pak Kodi naik dan beliau ingin menjual 30,000-unit
saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.85
(RM25,500). Beliau juga perlu membayar kos penjualan RM140.75 di mana nilai akhir penjualan saham adalah RM25,359.25. Jadi contra profit yang Pak
Kodi dapat adalah sebanyak RM1,213.89 dalam
tempoh contra tersebut.
BOLEH MENGUNTUNGKAN TETAPI BERISIKO TINGGI
Contra trading sangat berisiko. Ianya
merupakan aktiviti spekulasi saham yang mana boleh membuatkan pelabur overtrade, dengan kata lain membeli
saham melebihi kemampuan mereka dan mengalami kerugian yang besar. Tempoh masa
untuk spekulasi saham juga menjadi semakin singkat. Sebelum ini pernah dilaksanakan
T+7 dan T+5 kepada pelabur. Kini, Bursa Malaysia ingin menyelaraskan
operasi menjadi T+2, dijangka pada
suku tahun kedua 2019 seperti yang dilaksanakan di negara jiran kita iaitu
Thailand, Indonesia & Singapura pada tahun ini. Oleh itu, contra trading tidak disarankan kepada
pelabur yang baru menceburkan diri dalam pelaburan saham melainkan mereka yang
memiliki ilmu teknikal yang tinggi.
0 comments:
Post a Comment