Thursday, 27 December 2018

Transaksi Contra

APA ITU CONTRA TRADING?
==================================
Transaksi contra merujuk kepada jumlah hari yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu transaksi jual atau beli saham. Ia bermula dari hari berlakunya transaksi beli atau jual saham yang kita rujuk sebagai “T-day” dan berakhir dengan hari pembayaran saham yang kita rujuk sebagai “T+3”. Dalam proses ini, Bursa Malaysia mengambil masa 3 hari bekerja untuk membuat pertukaran duit dan saham di antara para pelabur. Jadi contra trading berlaku apabila pelabur membuat urusan beli dan jual saham sebelum berlakunya pembayaran saham tersebut pada hari ke-3.

Prosedur dalam pembelian dan penjualan saham untuk transaksi contra sama seperti biasa. Cuma perbezaannya adalah sama ada pelabur yang perlu bayar broker atau broker yang perlu bayar pelabur untuk perbezaan harga transaksi beli dan jual saham tersebut.

§  Sekiranya harga beli lebih tinggi dari harga jual, ini akan menjadi contra loss di mana pelabur perlu bayar kerugian tersebut kepada broker
§  Sekiranya harga jual lebih tinggi dari harga beli, ini akan menjadi contra profit, di mana broker perlu bayar keuntungan tersebut kepada pelabur.

Transaksi contra ini adalah satu keistimewaan yang diberikan oleh broker kepada pelabur. Akan tetapi keistimewaan ini bergantung kepada jenis akaun saham pelabur. Ia merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh broker yang membenarkan pelabur untuk membeli dan menjual saham dalam tempoh masa 3 hari tanpa membayar kontrak pembelian tersebut. Untuk jenis cash account, pelabur hanya mendapat had pembelian bersamaan dengan jumlah duit yang ada dalam akaun sahamnya. Untuk jenis collateralized direct account, pelabur akan mendapat had pembelian bersamaan dengan 3 kali ganda jumlah duit yang ada dalam akaun sahamnya.

Saya bagi 1 senario yang sering berlaku:

Pak Kodi mempunyai duit RM10,000 di dalam akaun sahamnya (collateralized direct account). Dia boleh membeli saham bernilai sehingga RM30,000, di mana RM20,000 lagi merupakan kemudahan yang diberikan oleh broker tersebut.

Jadi Pak Kodi membeli 30,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.80 (RM24,000) pada hari Isnin (T-day). Beliau juga perlu membayar kos pembelian sebanyak RM132. Jumlah kos keseluruhan pembelian Pak Kodi adalah RM24,132.

Beliau menjangkakan sahamnya itu boleh naik dalam tempoh contra tersebut. Pak Kodi boleh menambah duit RM14,132 pada hari Khamis (T+3) sekiranya dia ingin menyimpan saham tersebut. Sekiranya beliau gagal atau tidak ingin berbuat demikian, maka saham bernilai RM14,132 itu wajib dijual pada hari ke-4 atau hari Jumaat (T+4). Ini yang dipanggil sebagai force selling. Baki saham bernilai RM10,000 lagi boleh disimpan.

Andai kata, pada hari ke-3 iaitu hari Khamis (T+3) harga saham Pak Kodi naik dan beliau ingin menjual 30,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.85 (RM25,500). Beliau juga perlu membayar kos penjualan RM140.75 di mana nilai akhir penjualan saham adalah RM25,359.25. Jadi contra profit yang Pak Kodi dapat adalah sebanyak RM1,213.89 dalam tempoh contra tersebut.

BOLEH MENGUNTUNGKAN TETAPI BERISIKO TINGGI
Contra trading sangat berisiko. Ianya merupakan aktiviti spekulasi saham yang mana boleh membuatkan pelabur overtrade, dengan kata lain membeli saham melebihi kemampuan mereka dan mengalami kerugian yang besar. Tempoh masa untuk spekulasi saham juga menjadi semakin singkat. Sebelum ini pernah dilaksanakan T+7 dan T+5 kepada pelabur. Kini, Bursa Malaysia ingin menyelaraskan operasi menjadi T+2, dijangka pada suku tahun kedua 2019 seperti yang dilaksanakan di negara jiran kita iaitu Thailand, Indonesia & Singapura pada tahun ini. Oleh itu, contra trading tidak disarankan kepada pelabur yang baru menceburkan diri dalam pelaburan saham melainkan mereka yang memiliki ilmu teknikal yang tinggi.


Peranan Broker

APA PERANAN BROKER SEBENARNYA?
===============================

Untuk pengetahuan umum, pembelian dan penjualan saham dalam Bursa Malaysia wajib melalui broker berdaftar dengan Bursa Malaysia. Anda tidak boleh berurusan secara langsung dengan Bursa Malaysia kerana hanya broker yang mempunyai akses direct dalam pasaran saham.


Dan anda akan berurusan dengan wakil mereka sama ada dealer atau remisier, tak kira lah anda berurusan secara offline atau online.

Anda perlu tahu:
1. Broker bertindak sebagai agen. Sama seperti agen hartanah, mereka menguruskan pembelian dan penjualan saham anda sama ada online atau pun offline.
2. Caj broker dikenakan pada setiap transaksi jual dan beli saham. Duti setem dan juga yuran penjelasan adalah caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia, bukannya broker.
3. Broker juga terlibat dalam penyenaraian syarikat baru di Bursa Malaysia dengan menjadi underwriter dan marketer syarikat tersebut.


Jadi bagi mereka yang claim trade sendiri secara online dan tiada dealer atau remisier, boleh semak balik siapa yang menjaga akaun saham anda. Sebab bila anda ada masalah, menjadi tugas mereka untuk menyelesaikannya!

Monday, 17 December 2018

Asas Pelaburan

KENAPA ANDA PERLU MELABUR SAHAM?
=========================
Dengan melabur saham, duit kita akan bekerja untuk kita untuk menghasilkan lebih banyak duit. Pelaburan saham telah terbukti secara konsisten menjadi salah satu bentuk pelaburan yang ada yang paling menguntungkan! Sebab itu, institusi kewangan seperti KWSP, PNB, LTAT malah syarikat insurans juga melabur dalam saham untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Keuntungan tersebut lah yang mereka akan berikan kepada pencarum dalam bentuk dividen.

Antara kelebihan melabur saham:
  • Kita boleh buat urusan jual dan beli saham pada bila bila masa. Kos transaksi juga agak rendah.
  • Kita juga bebas melabur di mana sahaja kita berada dan pada bila bila masa.
  • Sekarang ni nak awasi pelaburan kita pun senang, tak kisah pergi melancong ke luar negara pun boleh tengok dengan menggunakan handphone sahaja.
  • Kita juga lah yang mengawal pelaburan kita sepenuhnya untuk memaksimumkan pulangan dan mengawal risiko pelaburan.
  • Pelaburan saham boleh dijangka jika kita tahu apa yang kita buat.

Tapi kena ingat:
  1. Pasaran saham boleh mengalami keadaan yang volatile, di mana kadar naik turun saham boleh jadi terlalu tinggi dalam masa yang singkat.
  2. Kita WAJIB mempunyai ilmu, sama ada ilmu teknikal atau fundamental dan elakkan tips atau rumors dari sumber yang tidak dapat disahkan.
  3. Kena awasi pelaburan kita. Dengan adanya aplikasi saham Maybank Trade di handphone, kita juga boleh letakkan alert jika harga itu naik atau pun turun pada harga yang kita tetapkan.
  4. Melabur saham ni juga kena disiplin. Kita kena tahu bila kita patut beli dan bila kita patut jual berdasarkan harga signal beli dan jual yang telah kita tetapkan.

Boleh Ke Orang Biasa Dapat Untung Dari Pasaran Saham?
Saya selalu dengar ramai orang cakap ‘kalau saya ada banyak duit, memang saya nak sangat melabur dalam saham’ atau ‘saham ni tempat orang have-have je’. Ramai yang berpendapat nak dapat keuntungan dari pasaran saham kena jadi kaya dulu atau kena jadi trader sepenuh masa atau pun kena jadi pandai gila dalam bab kewangan.

Sebenarnya tak pun.

Dari pengalaman saya, client yang buat keuntungan banyak bukannya yang jenis beli dan jual hari-hari. Ada juga yang masih belajar di universiti melabur dalam saham dengan modal yang agak rendah dan keuntungannya setara dengan modalnya. Kena realistik. Saya bagi 1 senario:

Pak Kodi bekerja di sebuah kilang elektronik dengan pendapatan RM43,000 setahun. Selepas bayar sewa rumah, motor dan perbelanjaan harian, Pak Kodi berjaya menyimpan RM2,000 dalam tempoh 6 bulan dan dia ingin melabur dalam pasaran saham. Pak Kodi membeli 2,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.80/saham (RM1,600). Dia juga perlu membayar RM30.48 kos transaksi pembelian saham tersebut. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,630.48.

3 bulan kemudian, Pak Kodi ingin menjual sahamnya setelah melihat prestasi syarikat getah XYZ dan harga sahamnya telah meningkat menjadi RM1.00/saham. Jumlah jualan sahamnya adalah RM2,000. Dia juga perlu membayar RM30.60 kos transaksi penjualan tersebut, di mana hasil akhir penjualannya menjadi RM1,969.40. Jadi keuntungan yang Pak Kodi dapat adalah RM338.92.

RM338.92 mungkin tak banyak tapi kena ingat Pak Kodi cuma melabur RM1,630.48 je dalam tempoh 3 bulan. Itu bersamaan keuntungan sebanyak 20.79%, lagi elok dari dia biarkan duit dalam akaun simpanan.

Kesimpulannya, tak perlu pun modal yang besar untuk melabur. Ianya perlu bersesuaian dengan risiko dan jangka masa pelaburan pelabur. Jika pelabur mempunyai modal yang lebih besar, pelabur akan dapat lebih banyak pilihan saham untuk dibeli.