Wednesday, 3 April 2019

Istilah Kewangan Untuk Newbie

CARA MEMBACA LAPORAN PASARAN UNTUK NEWBIE
==============================

Selalunya, bila dah terjebak dengan saham ini pelabur akan menjadi lebih teliti dengan pemilihan saham terutama pelabur baru. Tapi bila dia tengok laporan pasaran, dia tak tahu nak tengok apa sebab banyak sangat informasi. Jadi untuk memudahkan pelabur baru, senarai bawah ini adalah perkara asas yang anda perlu tahu:



1. Year's High = harga tertinggi saham untuk tahun itu

2. Year's Low = harga terendah saham untuk tahun itu

3. Stock Code = sistem nombor unik untuk mengenalpasti saham

4. Stock Counter = Saham yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia 

5. Closing = Harga tutup saham

6. +/- = jumlah naik atau turun harga terkini saham

7. +/-% = jumlah peratusan naik atau turun harga terkini saham

8. Volume = jumlah saham yang telah didagangkan dalam board lot (1 lot = 100 unit) pada hari tersebut

9. Day's High = Harga tertinggi saham pada hari tersebut

10. Day's Low = Harga terendah saham pada hari tersebut

11. Dividen Yield = Jumlah Dividen/Harga Semasa: Peratusan Dividen

12. P/E Ratio = nilai prestasi sesebuah syarikat berbanding prestasi industri dalam sesuatu masa. Formula P/E Ratio: Harga Semasa/EPS

13. Earnings Per Share (EPS) = jumlah pendapatan syarikat yang diwakili oleh setiap saham

14. Market Capitalisation = Nilai syarikat mengikut pasaran semasa. Formula: Harga semasa x Jumlah saham yang ada

15. NTA per Stock = Nilai aset yang menyokong setiap saham. Formula: Net Aset/Jumlah Saham 

Membaca laporan prestasi saham syarikat ini amat mudah. Kita cuma perlu baca dan fahamkan beberapa kali sebelum kita boleh melakukan analisa yang lebih mendalam.


Saham Tidak Patuh Shariah

SAHAM YANG DIBELI MENJADI TIDAK PATUH SHARIAH?
==================================
Pernahkah anda memiliki saham tidak patuh shariah yang pada mulanya berstatus patuh shariah? Jangan pelik, ini kerana Majlis Penasihat Shariah (SAC) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan memeriksa saham-saham di Bursa Malaysia sebanyak 2 kali setiap tahun. Senarai saham-saham yang telah bertukar status akan dikeluarkan pada setiap bulan Mei dan November.

Jadi bagi pelabur yang melabur atau berdagang mengikut prinsip shariah, SAC menasihatkan supaya menjual semua saham yang tidah patuh shariah yang dimiliki dalam tempoh sebulan selepas mengetahui statusnya.

KEUNTUNGAN DARI SAHAM TIDAK PATUH SHARIAH

Bagaimana pula dengan keuntungan hasil jualan saham tidak patuh shariah? Bolehkan ia disimpan? Segala bentuk keuntungan, sama ada dalam bentuk kenaikan harga saham atau pun dividen, yang diterima semasa atau selepas hari penjualan saham hendaklah disedekahkan kepada badan kebajikan. Walaubagaimana pun, pelabur berhak menyimpan kos asal pelaburan dan keuntungan yang dijana sehingga hari pengumuman pertukaran status shariah tersebut.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana saham boleh hilang status patuh shariah adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan dalam operasi perniagaan. Faktor seperti penggabungan dan pengambil alihan syarikat juga boleh menyumbang kepada perubahan status menjadi tidak patuh shariah. Apabila saham itu hilang status patuh shariah, pelabur harus menjualnya secepat mungkin.

Mungkin ada pelabur yang ingin menjual saham sehari selepas pengumuman pertukaran status shariah saham tersebut. Pelabur perlu tahu bahawa sebarang keuntungan yang diterima dari kenaikan harga semasa melebihi daripada harga tutup pada hari pengumuman, harus disedekahkan kepada badan kebajikan.

Sebagai contoh, Pak Kodi membeli 10,000-unit saham DSONIC pada harga RM0.50. Pada hari pengumuman pertukaran status menjadi tidak patuh shariah, harga saham DSONIC meningkat dan tutup pada RM0.53. Pada keesokan harinya, saham DSONIC melonjak lagi dan Pak Kodi menjual semua saham tersebut pada harga RM0.55. Jadi, jumlah keuntungan Pak Kodi perolehi adalah 5 sen untuk setiap saham. Akan tetapi, keuntungan yang dibenarkan untuk disimpan hanya lah 3 sen sesaham manakala 2 sen lagi perlu disedekahkan.

Itu adalah senario jika pelaburan saham tersebut menguntungkan. Jika pelaburan saham tidak patuh shariah itu mengalami kerugian, di mana harga semasa berada di bawah harga beli, pelabur dibolehkan menyimpan saham tersebut. Dividen yang diterima pada waktu itu juga dibenarkan untuk disimpan. Apabila dividen dan harga saham semasa menyamai kos asal pelaburan, pelabur dinasihatkan untuk menjual pegangan saham mereka.

Untuk mengira kos asal pelaburan, ianya melibatkan caj broker, duti setem, yuran penjelasan dan termasuk cukai SST yang dikenakan pada setiap pembelian dan penjualan saham.

Secara ringkasnya:
1.       Keuntungan yang dijana sehingga pada hari pengumuman pertukaran status shariah dibenarkan untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi dari kos asal pelaburan.
2.       Keuntungan yang dijana selepas hari pengumuman pertukaran status shariah tidak dibenarkan untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi daripada harga tutup pada hari pengumuman tersebut.