Saturday, 20 October 2018

Perubahan Nama Saham Syarikat

PERUBAHAN PADA NAMA SAHAM?
======================

Bagi yang dah lama tak jenguk position, tak tengok market, tetiba buka platform keluar banyak nama saham baru. Kadang-kadang yang dah terperam lama dalam tangan pun dah bertukar nama. Jangan panik

Apakah sebab pertukaran nama saham ni? Antaranya adalah:
1. Pertukaran majoriti shareholders atau owner syarikat hasil merger & acquisition.
2.   Bertukar haluan perniagaan utama.
3.   Menghilangkan imej lama yang tercemar

Jadi boleh semak list nama syarikat yang dah bertukar nama, sama ada nama syarikat atau nama saham pada link di bawah.


Sharpe Ratio


APA ITU SHARPE RATIO?
=====================


Sharpe ratio biasanya digunakan untuk menilai prestasi pelaburan unit trust. Pelabur akan dapat melihat prestasi unit trust itu dari sudut risk-adjusted. Lagi tinggi Sharpe ratio pelaburan tersebut, lagi elok pulangan risk-adjustednya.



Untuk perbandingan, kiraan simple orang gunakan hanya menyatakan berapa banyak pulangan yang dibuat dari pelaburan tersebut selepas sesuatu masa. Tapi tak pernah ambil kira berapa banyak risiko yang diambil oleh fund manager tersebut untuk mendapatkan pulangan tu. Pelaburan yang menghasilkan pulangan tinggi boleh melibatkan risiko dan volatility yang tinggi di mana kebanyakan pelabur tak berani nak hadam.

Sebagai contoh, katakan ada 2 pelaburan unit trust yang mempunyai mandat pelaburan yang sama, dan kedua-dua pelaburan capai pulangan 50% dalam tempoh 3 tahun. Pelaburan A mempunyai Sharpe ratio 2 manakala Pelaburan B mempunyai Sharpe ratio 1. Pelabur biasanya memilih Pelaburan A kerana Sharpe ratio tinggi menunjukkan fund manager mengambil risiko lebih rendah berbanding pelaburan satu lagi, dalam mendapatkan percentage pulangan yang sama.

BAGAIMANA CARA PENGIRAANNYA?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Untuk mengira Sharpe ratio, kena ingat 3 set angka dalam tangan - pulangan pelaburan, standard deviation dan risk-free rate yang kita boleh ambil dari yield bon kerajaan.

Standard deviation merupakan volatility pelaburan tersebut. Dengan kata lain, dia menunjukkan berapa jauh pulangan pelaburan tersebut lari dari purata pulangan dalam sesuatu masa. Lagi tinggi standard deviation, lagi volatile prestasi pelaburan dan sebaliknya.

Dengan 3 set angka tersebut, Sharpe ratio boleh dikira dengan menolak risk-free rate dari pulangan pelaburan, kemudian dibahagikan dengan standard deviation.

FORMULA SHARPE RATIO
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
(Pulangan pelaburan - Risk free rate) ÷ Standard deviation

Lagi tinggi Sharpe ratio, lagi elok pulangan risk-adjusted.


Tuesday, 16 October 2018

Rancang Persaraan Anda


CUKUP KE SIMPANAN PERSARAAN ANDA?
=========================
Menurut kajian SOCSO, 7 dari 10 pesara akan kehabisan simpanan mereka dalam tempoh tak sampai 2 tahun pun. 2 dari 3 pesara akan hidup dengan RM950 sebulan sehingga umur mereka 75 tahun.

Kewujudan KWSP dan ASNB adalah untuk memastikan pesara memiliki simpanan yang mencukupi ketika bersara. Masalahnya, program seperti ini didominasi oleh mereka yang berpendapatan tinggi.

Menurut laporan tahunan KWSP 2016, top 0.4% pencarum mereka memiliki RM47.2 billion dalam simpanan manakala bottom 51.9% pencarum memiliki simpanan sebanyak RM43.9 billion. Dah gabung 51.9% pun lagi sikit dari 0.4% tu.

Menurut kajian Institut Selidikan Khazanah pula, 1 dari 5 pencarum KWSP yang berusia 51 hingga 55 tahun mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 manakala bottom 13.5% dari pencarum KWSP memiliki purata simpanan sebanyak RM5,621 sahaja.

Bagaimana pula dengan simpanan Amanah Saham Nasional?
Bottom 97.85% dari pemegang amanah hanya mempunyai simpanan purata sebanyak RM211 manakala top 0.04% pemegang amanah memiliki simpanan purata RM938,121. Padahal pelaburan maksimum 1 pemegang amanah adalah RM200,000. Ini menunjukkan bukan sahaja pelaburan mereka banyak tapi pulangan dividen juga banyak.

Jadi, pada pendapat saya langkah meningkatkan umur wajib bersara bukan lah penyelesaiannya. Gaji kena naik. Dengan itu kerajaan perlu mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi selain membaiki kemudahan awam seperti pengangkutan awam dan kemudahan internet bagi meringankan beban mereka.

Tak lupa juga, perancangan kewangan kena mula dari awal. Cuba cari pendapatan tambahan lain, selain mula melabur dalam pelaburan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Sunday, 7 October 2018

Main Market, ACE Market, LEAP Market?

APA BEZA MAIN MARKET, ACE MARKET & LEAP MARKET?
======================
Kalau dekat platform dagangan Maybank, kita selalu perasan ada saham warna biru, ada warna ungu dan ada juga warna kuning. Kenapa ada macam macam warna? Lain ke?

JOM KITA TENGOK SECARA RINGKAS PERBEZAAN MEREKA.

Warna Biru: Main Market
1. Merupakan syarikat kukuh yang mempunyai track record
2. Mempunyai kriteria yang ketat seperti kena menjalani profit test, market capitalisation test & infrastructure project capitalisation test
3. Minimum kena ada 1,000 pelabur awam yang membeli at least 100 unit
4. Kena beri 50% dari jumlah saham yang diperuntukkan untuk public ke Bumiputera

Warna Ungu: Ace Market
1. Syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi seperti syarikat IT
2. Tiada minimum kriteria yang ditetapkan
3. Minimum kena ada 200 pelabur awam yang membeli at least 100 units
4. Tiada peruntukan minimum kepada Bumiputera kecuali selepas capai rekod profit Main Market atau selepas 5 tahun berada dalam Ace Market

Warna Kuning: Leap Market
1. Syarikat SME (Kecil & Sederhana)
2. Hanya terbuka kepada pelabur sofistikated yang memiliki pendapatan tahunan minimum RM300,000 atau minimum aset bernilai lebih RM3 juta.