Wednesday, 26 September 2018

Pentingnya Penjagaan Hutang Isi Rumah


Penjagaan Hutang Isi Rumah
=========================
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebanyakan krisis kewangan dicetuskan oleh akses mudah kepada wang tunai, contohnya krisis subprima US. Penyebab utama krisis di US adalah akses mudah ke mortgage pada kadar interest rate yang rendah dalam pasaran subprima kepada peminjam yang tidak layak mendapat pinjaman di pasaran utama.

Di Malaysia, pernah diperkenalkan Developers Interest Bearing Scheme (DIBS), mengenai pinjaman mortgage. Di bawah DIBS, pembeli rumah projek hartanah yang baru dilancarkan tidak perlu membuat pembayaran faedah ke atas mortgage mereka semasa tempoh pembinaan, yang biasanya kira-kira 3 tahun. Pembayaran faedah diserap oleh pemaju.

Walau bagaimanapun, pemaju tidak akan menyerap pembayaran faedah tanpa melepaskan kos ke pembeli rumah dalam bentuk harga yang lebih tinggi. Oleh itu, DIBS mencetuskan spekulasi dalam pasaran hartanah, kerana pelabur tidak perlu mengeluarkan sejumlah besar wang untuk sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun. Ini boleh menyebabkan bubble dalam pasaran hartanah.

Tetapi berita baik, DIBS telah dimansuhkan untuk pinjaman mortgage beberapa tahun yang lalu.

Aset Intangible: Bagaimana Ia Mempengaruhi Nilai Syarikat

Aset Intangible: Bagaimana Ia Mempengaruhi Nilai Syarikat
========================
Aset Intangible telah menjadi semakin penting dalam pelaburan. Beberapa komponen yang berada di bawah aset intangible ialah nilai jenama, urus tadbir, reputasi, penglibatan pelanggan dan pekerja, lesen sosial untuk beroperasi dan penjagaan alam sekitar.

Satu kajian oleh Ocean Tomo mendapati bahawa, pada tahun 2015, aset intangible menyumbang 84% kepada nilai S & P 500.

Sebagai contoh, penjagaan alam sekitar boleh menyumbang ke dalam penjimatan kos. Sebuah syarikat SME di Malaysia yang mengeluarkan bungkusan plastik telah menunjukkan hasil positif. Syarikat itu telah mengurangkan ketebalan plastiknya dan ini membantu mengurangkan impak negatif pada alam sekitar serta mengurangkan pengeluaran dan kos penghantaran syarikat seunit.

Enigma Network Antara Punca Kejatuhan Pasaran Saham Hong Kong


Ketahui Enigma Network Yang Berlaku Di Pasaran Saham Hong Kong
========================
Puluhan syarikat Hong Kong dengan permodalan kecil jatuh secara tiba-tiba, turun antara 9% hingga 90%. Lebih daripada US$ 6 bilion nilai pasaran telah lenyap.

Ini telah menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur di seluruh sektor, seperti yang ditunjukkan dalam kehilangan hampir 1/10 dari nilai small-cap Growth Enterprise Market (GEM) di Hong Kong.

Seorang aktivis urus tadbir korporat Hong Kong, David Webb telah memberi amaran dalam laporan The Enigma Network: 50 Stocks Not to Own, terdapat risiko yang ada dalam syarikat-syarikat yang berkait rapat ini kerana mereka mempunyai pemegang saham yang sama dan menunjukkan banyak transaksi related-party.

Apabila individu-individu ini menghadapi margin calls, pegangan kolektif kepunyaan mereka dijual pada masa yang sama.

Hati-Hati Dengan Saham Hong Kong Ini!

Antara punca kejatuhan saham small-cap Hong Kong ini adalah disebabkan aktiviti naked short sales, di mana pelabur menjangkakan harga akan turun dan mereka menjual saham itu walaupun tidak mempunyai kontrak saham tersebut. Saham-saham ini memiliki ciri-ciri yang sama yang memudahkan mereka membuat pergerakan harga yang volatile melampau dan melanggar peraturan perdagangan saham seperti:

1. Mempuyai hubungan dengan beberapa syarikat lain dan juga broker
2. Mempunyai jumlah pegangan saham yang tinggi
3. Volume rendah
4. Jumlah apungan awam yang rendah

Klik link di bawah untuk kenal pasti 50 saham Hong Kong yang terlibat:

Pengajaran Dari Krisis Kewangan Asia 1997

Pengajaran Dari Krisis Kewangan Asia.
=======================
Selepas berbulan menahan serangan spekulatif terhadap matawang negaranya, bank pusat Thailand membenarkan matawangnya diapungkan, membolehkan kadar tukarannya jatuh secara mendadak. Tidak lama kemudian, matawang dan pasaran saham di seluruh rantau ini berada di bawah tekanan kerana aliran masuk modal jangka pendek yang mudah dibawa keluar berlaku dalam keadaan besar besaran. Kemudian, matawang Indonesia, Malaysia dan Filipina juga telah jatuh.

Kebanyakan ekonomi lain di Asia Timur juga mengalami tekanan yang besar. Matawang Korea Selatan juga runtuh berikutan penarikan balik sokongan matawangnya. Tekanan penurunan nilai ini yang disebabkan oleh keinginan untuk mengekalkan kelebihan kos yang kompetitif terhadap matawang lain yang telah jatuh di kalangan pengeksport Asia Tenggara.

Selepas itu, kekurangan liquidity kewangan, tindak balas polisi yang tidak sesuai dan tindak balas pasaran yang kurang bermaklumat, kemudian memburukkan lagi rantaian peristiwa ini.

Leading Entrepreneur Accelerator Platform Market (LEAP)


Leading Entrepreneur Accelerator Platform Market (LEAP)
======================
Baru baru ini, anda mungkin pernah mendengar berkenaan satu lagi platform pelaburan yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia. Ianya dikenali sebagai Leading Entrepreneur Accelerator Platform atau LEAP.

LEAP adalah sebuah platform yang memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak dapat memenuhi kehendak penyenaraian syarikat awam yang lebih formal. Ia bertujuan untuk membiayai sektor yang terdiri daripada 97% perniagaan di negara ini, menyumbang kepada 36% KDNK negara, menggaji 65% pekerja negara dan menyumbang kepada 18% eksport negara. Tetapi mereka menggunakan pembiayaan bank konvensional untuk membiayai 96% keperluan modalnya.

Hanya orang yang berpendapatan tahunan melebihi RM 300,000 atau aset melebihi RM 3 juta akan dibenarkan untuk membuat pelaburan di platform ini.

Syarikat-syarikat LEAP dikehendaki mendedahkan penyata kewangan separa tahunan dan tahunan serta mengumumkan sebarang perkembangan yang mendatangkan impak kepada syarikat. Dan untuk mengawal konflik kepentingan, mereka perlu membuktikan bahawa mereka tidak berkait rapat antara satu sama lain atau berkait dengan entiti yang sudah disenaraikan di Pasaran Utama yang lebih besar.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pergerakan Harga dan Trend


Apakah Faktor Yang Menyebabkan Pergerakan Trend dan Harga?
========================
Arah harga untuk jangka panjang didorong oleh 4 faktor utama:

1. Dasar Kerajaan
Bank pusat menurunkan interest rate untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan merangsang aktiviti perniagaan. Ia menaikkan interest rate dan meredakan aktiviti ekonomi untuk mengawal inflasi. Perubahan interest rate mempunyai kesan yang mendalam terhadap aliran wang pelaburan antara negara, perdagangan antarabangsa, nilai mata wang, dan aktiviti perniagaan.

2. Perdagangan Antarabangsa
Apabila Malaysia mengimport barangan, ia membayar dalam ringgit. Itu sama dengan menjual ringgit. Ia melemahkan mata wang. Negara yang terus mengimport lebih daripada eksportnya meningkatkan defisit perdagangan dan melemahkan mata wangnya. Begitu juga sebaliknya.

3. Jangkaan
Sekiranya pelabur berfikir bahawa harga saham akan naik, mereka akan membeli, menyebabkan kenaikan harga. Keyakinan pengguna adalah ukuran yang baik tentang bagaimana orang ramai yakin untuk berbelanja. Ekonomi aktif apabila keyakinan pengguna tinggi dan begitu juga sebaliknya.

4. Bekalan dan permintaan
Kekurangan, atau kekurangan yang dijangkakan, dalam mana-mana produk menyebabkan harganya meningkat. Labakkan bekalan produk pula menyebabkan penurunan harga.

Friday, 21 September 2018

China Bijak Melabur


China Bijak Melabur

====================
East Coast Rail Line (ECRL) adalah salah satu projek yang dilobi oleh China di Malaysia.

RM55 bilion sedang dilaburkan dalam ECRL. Ia akan membawa hampir 60 juta tan kargo setiap tahun menjelang 2035. KTM hanya membawa kira-kira 6 juta tan setahun dalam rangkaiannya di seluruh negara pada ketika ini.

Syarikat China yang untung.

Kontrak telah diberikan kepada China Communication Construction Company (CCCC) selepas direct negotiation. ECRL akan dibiayai melalui pinjaman dari EXIM Bank milik kerajaan China, dengan kerajaan Malaysia, yang bertindak sebagai penjamin. Jadi, pada dasarnya Malaysia akan meminjam wang dari bank China untuk membayar syarikat China membina ECRL.

Kerajaan Sri Lanka telah 'menyewa' kemudahan pelabuhan yang baru dibina oleh China selama 99 tahun kepada kerajaan China selepas pelabuhan baru itu tidak dapat menarik traffic yang mencukupi untuk menjadikan projek itu berdaya maju.

Bijak kan?

Risiko Geopolitik


Risiko Geo-Politik

======================
Terdapat dua sebab mengapa politik akan menjadi lebih penting:
1. Terdapat ancaman yang lebih besar dari politik dengan beberapa perubahan politik yang berpotensi buruk yang ramai memandang remeh.

Kuasa AS kini makin berkurangan. Dunia berada dalam keadaan tidak seimbang kerana beralih dari sistem yang dikuasai AS kepada multi-polar. Khususnya, kebangkitan China yang telah kemuncak. Juga, banyak populasi penduduk di negara maju dan negara sedang pesat membangun menderita disebabkan kesan dari teknologi dan perubahan yang pesat.

Di Asia, terdapat beberapa potensi merbahaya:

a) Ketegangan Sino-India dipandang remeh. Tentera China dan India telah terlibat dalam pertelingkahan di rantau Doklam.
b) Risiko Korea Utara masih ada.
c) Laut China Selatan tetap menjadi rebutan.

2. Faktor yang membolehkan pasaran melantun dengan mudah dari kejutan politik adalah liquidity mudah dan interest rate yang rendah - akan berakhir.

US Federal Reserve akan mula mengurangkan saiz akaunnya dan mula menaikkan interest rate. ECB juga sedang mempertimbangkan untuk menormalkan keadaan monetarinya. Pemulihan ekonomi dunia juga membuatkan syarikat akan memerlukan lebih banyak sumber kewangan untuk perniagaan mereka, jadi permintaan yang lebih tinggi untuk kredit tetapi kekurangan kelebihan liquidity yang akan mengalir masuk untuk menyokong pasaran aset.

Secara ringkasnya, pelabur tidak harusnya mengambil mudah dengan risiko geo-politik.

Masa Depan Kenderaan Bermotor


Zaman penggunaan kenderaan bermotor bakal berakhir?

=======================
Ancaman besar bakal tiba ke industri automotif dan tenaga.

Satu penyelidikan, yang bertajuk Rethinking Transportation 2020-2030 oleh James Arbib dan Tony Seba menyatakan bahawa internal combustion engine (motokar lah) akan tamat pada tahun 2030.

Mereka berdua menganggarkan bahawa pada masa itu, 95% daripada penumpang yang travel di Amerika akan menggunakan kenderaan elektrik autonomous (EV) yang dimiliki oleh fleet (syarikat/agensi kerajaan), bukannya individu.

Ia akan menjadi ancaman, dan ia akan didorong oleh kuasa ekonomi dalam model perniagaan baru yang mereka panggil pengangkutan-sebagai-perkhidmatan.

Arbib dan Seba menganggarkan bahawa dalam tempoh kurang dari 13 tahun, manusia akan berhenti memandu secara keseluruhan dan beralih kepada EV yang dipandu sendiri, di mana 10 kali lebih murah untuk dijalankan daripada kereta berasaskan bahan api fosil dan menikmati kos bahan api yang minimal serta jangka hayat yang luar biasa sebanyak 1.6 juta kilometer. Hasilnya nanti, bandar-bandar akan mengharamkan pemandu 'manusia' sebaik sahaja data mengesahkan akan bahayanya memandu, dan trend itu akhirnya akan menular ke bandar dan negara lain, termasuk di Asia.

Akibatnya, ia akan membawa implikasi negatif yang sangat besar bagi syarikat minyak dan automotif yang tersenarai di pasaran, melainkan jika mereka dapat menyesuaikan diri pada masa itu dengan penggunaan bahan api fosil dan kenderaan bermotor yang minimal.

Ketika harga minyak mentah jatuh, kebanyakan shale dan penerokaan dalam laut tidak lagi akan berdaya maju dan aset akan terkandas.

Kos Sara Hidup


Apa Yang Kita Faham Mengenai Kos Sara Hidup?

=======================
Kos sara hidup hanyalah satu petanda kepada isu yang lebih fundamental iaitu kuasa membeli. Secara ringkasnya, kuasa membeli adalah kemampuan memiliki barangan dan perkhidmatan, mengikut tahap pendapatan rakyat biasa.

Perbandingan yang lebih relevan mengenai kemampuan sesebuah bandar untuk rakyat biasa bukanlah dari segi kos sara hidup tetapi kuasa membeli.

Terdapat kajian oleh beberapa penyelidik di Universiti Nasional Singapura mengenai isu ini. Terdapat 2 pemerhatian kritikal:
1. Sekalipun Singapura adalah bandar yang lebih mahal berbanding Kuala Lumpur, kemampuan rakyat biasa di Singapura lebih tinggi daripada kemampuan rakyat biasa di KL. Sebagai contoh, tiket penerbangan pulang dari KL - Singapura dengan Malaysia Airlines adalah RM365 atau S$117. Seorang rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan RM2,500 sebulan pastinya lebih rugi ketika membeli tiket berbanding dengan rakyat Singapura yang mendapat pendapatan S$2,500 sebulan.

2. Bandar yang mempunyai kuasa membeli paling kuat juga merupakan antara bandar yang paling mahal di dunia.

Berdasarkan kesan Balassa-Samuelson dalam ekonomi, di mana negara-negara yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi cenderung juga menjadi lebih mahal, kos sara hidup yang lebih tinggi juga boleh terjadi akibat peningkatan produktiviti dan pembangunan ekonomi. Jadi harga yang lebih tinggi boleh menjadi faktor positif.

Oleh itu, masalah sebenar yang perlu ditangani kerajaan bukanlah peningkatan kos sara hidup tetapi kuasa pembelian yang rendah. Ia sepatutnya cuba untuk meningkatkan pendapatan daripada memberi tumpuan kepada mengurangkan kos. Antara langkah yang boleh diambil seperti pemberian BR1M, program memperkasakan ekonomi bumiputera, penghapusan penggunaan orang tengah dalam urusan, pemberian subsidi perubatan dan menyediakan perumahan mampu milik.

Selain itu, di peringkat individu, kita juga bukan sahaja perlu berjimat. Kita perlu tahu cara untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Ramai kenalan saya mula bekerja sebagai pemandu Grab, membuat kerja part time sebagai ejen unit trust atau insurans, ada juga membuat bisnes kecil-kecilan semasa hari minggu. 

SAYA? SAYA MEMILIH UNTUK MELABUR UNTUK MEMASTIKAN KUASA MEMBELI SAYA TIDAK TERJEJAS PADA MASA HADAPAN.

Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Bon


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Nilai Bon

=========================
1. Arah matawang pengeluar bon. Penurunan dalam Ringgit boleh mengakibatkan penjualan bon.

2. Sovereign Risk: Perubahan yang mungkin berlaku dalam urusan bank pusat yang berkaitan dengan pengaturan kewangan dan belanjawan kerajaan, merupakan punca uncertainty yang sangat penting di pasaran kewangan.

3. Jumlah aliran masuk pelaburan berportfolio. Jumlah aliran masuk yang berkurangan menjadikan permintaan bon menjadi lemah.

4. Interest rate semasa pasaran yang terjejas oleh peristiwa global seperti kadar faedah Fed AS yang semakin meningkat dan keadaan tempatan seperti kenaikan kadar tunai.

5. Hubungan di antara inflasi dan interest rate. Jika inflasi meningkat, kadar faedah akan meningkat.

Cadangan Pek Rokok Lebih Kecil?


Pek Rokok Yang Lebih Kecil?

=========================
Kerajaan telah mencadangkan untuk memperkenalkan semula pek rokok 10 batang yang lebih kecil. Ia telah mendatangkan banyak kritikan terutamanya ada andaian peningkatan insiden merokok di kalangan orang muda dan remaja bawah umur.

Bagi saya, andaian ini tidak kena atas dua sebab:
1. Menjual rokok kepada remaja bawah umur masih menjadi satu kesalahan, tanpa mengira saiz pek rokok. Yang salah penjual yang masih ada menjual rokok 'batang-batang' kepada remaja ini.

2. Perokok mempunyai kecenderungan ingin menghabiskan satu pek sebaik sahaja mereka membukanya, dan kemudian tunggu sehingga mereka boleh membeli satu pek lagi. Ini boleh mengurangkan penggunaan akibat "tempoh ruang" dari masa rokok habis dan masa membeli rokok baru.

Isu sebenar ialah kerajaan gagal mengawal perlambakan rokok haram ke negara ini. 60% rokok dijual di sini adalah rokok haram atau bersamaan 3 juta daripada 5 juta perokok menghisap rokok tersebut. Ini mewujudkan ancaman bagi perniagaan rasmi. Kerajaan juga kehilangan hasil cukai, dan perokok terdedah kepada produk berbahaya dengan kandungan yang tidak dapat disahkan.

Oleh itu, terdapat peluang yang lebih baik untuk pengguna memilih rokok yang disahkan dengan harga yang lebih rendah. Mungkin ia boleh membantu dalam mengurangkan keseluruhan penggunaan rokok disebabkan kesan "tempoh ruang" tersebut.

Sudah tentu, ini semua hanya hipotesis dan merokok masih berbahaya sama ada rokok haram atau 'halal'. Tetapi cadangan ini cuba mencipta satu situasi win-win bagi semua pihak.

Kategori Pelabur di Bursa Malaysia

Anda Jenis Pelabur Yang Mana Satu?
======================
Pelaburan ekuiti boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:

1. Pelabur pasif: Beli dan simpan saham untuk jangka masa panjang. Jenis-jenis produk pelaburan pasif yang paling popular termasuk index mutual fund atau unit amanah dan exchange-traded funds (ETF), yang direka untuk meniru prestasi indeks seperti KLCI.

2. Pelabur aktif: Mencari peluang mendapatkan pulangan lebih tinggi daripada indeks dengan mengenal pasti saham individu untuk dibeli dan dijual.

(Kedua-dua produk boleh didapati di Bursa Malaysia)

Jadi, anda jenis pelabur yang mana satu?

Kaedah Schabacker


Kaedah Schabacker.

===================================
Fasa Akhir Pasaran 'Bull':
1.   Jumlah dagangan meningkat dengan ketara.
2.   Saham-saham popular memuncak dengan ketara manakala sesetengah syarikat lain runtuh.
3.   Kadar faedah tinggi.
4.   Saham menjadi topik perbualan yang popular.
5.   Amaran mengenai pasaran saham yang terlalu panas muncul pada berita.

Fasa Akhir Pasaran 'Bear':
1.   Jumlah dagangan rendah.
2.   Harga komoditi telah menurun.
3.   Kadar faedah telah menurun.
4.   Pendapatan korporat rendah.
5.   Harga saham telah semakin merosot dan berita buruk tersebar merata tempat.