Monday, 27 August 2018

Peraturan Melabur Menggunakan Trend


PERATURAN MELABUR MENGIKUT TREND

======================
1. Menumpang trend adalah cara analisis teknikal yang paling menguntungkan.


2. Trend boleh dikenalpasti sama ada dengan menggunakan garisan trend, moving averages, dan paras tinggi tertinggi dan rendah terendah.


3. Sentiasa pilih saham yang tengah menaik (atau turun). Trend rata atau rawak biasanya tidak menguntungkan.


4. Berhati-hati dengan perubahan trend yang sedang diniagakan kerana trend jangka panjang dibentuk dari trend jangka pendek.


5. Sentiasa trade ikut trend: Trend is your friend & Don't buck the trend.


6. Breakouts daripada tahap sokongan, rintangan atau bands biasanya memberi isyarat perubahan arah aliran.

7. Breakout garisan trend adalah sekurang-kurangnya satu amaran.


8. Semakin lama trend dibentuk, semakin penting nilai breakout.


9. Sahkan breakout dengan bukti lain, terutamanya apabila membeli saham. Untuk menjual saham, pengesahan tidak begitu penting.

10. Sentiasa gunakan stops - protective dan trailing.


11. Jangan jual saham yang tengah untung terlalu cepat; biarkan dan kawal dengan menggunakan stops.

Sunday, 26 August 2018

Risiko Ekonomi Asia


RISIKO YANG PENTING UNTUK RANTAU ASIA
========================
Hampir setiap sudut dunia menikmati pertumbuhan ekonomi yang menarik. Walau bagaimanapun, risiko baru mula muncul. Jadi apakah risiko yang penting untuk pasaran serantau?

1. Hubungan AS-China: AS akan mensasarkan bank & syarikat China yang merupakan sumber utama kewangan & bahan penting untuk Korea Utara.

2. Timur Tengah: Pergelutan kuasa akibat penangkapan oleh Putera Mahkota Mohammad Bin Salman terhadap putera senior dan pemimpin kerajaan yang lain. Selain itu, ketegangan antara pakatan gabungan yang dipimpin oleh Saudi dan gabungan Iran-Hizbullah boleh mencetuskan perang. Ini boleh menyebabkan kenaikan harga minyak secara mendadak. Ia juga boleh menyebabkan pelabur menjadi lebih berhati-hati dan menyebabkan mata wang Asia menjadi tidak menentu.

3. Pergolakan kewangan: Bank-bank pusat mula mengurangkan liquidity dengan menaikkan kadar faedah dan mengurangkan QE. Selain itu, penciptaan kredit berlebihan di China menggalakkan penggunaan kewangan yang berisiko.

4. Trump: Dia ingin merundingkan semula perjanjian perdagangan di mana Amerika Syarikat kurang kompetitif terutama dalam perdagangan barangan perkilangan. Juga, penurunan cukai akan menghasilkan peningkatan yang besar dalam defisit bajet mereka. Ini boleh menambah inflasi & menambah defisit perdagangan AS disebabkan import akan meningkat. Apabila ini berlaku, akan membawa kepada lebih banyak bentuk protectionism.

Saham Sebagai Wealth Equalizer


POTENSI SAHAM SEBAGAI WEALTH EQUALIZER

=======================
Teori kewangan mengatakan bahawa orang ramai harus melabur sebahagian besar daripada wang mereka dalam portfolio saham kerana pelaburan dalam pasaran saham akan diberi pampasan dalam bentuk premium risiko.

Tapi ramai individu tidak melabur dalam saham tetapi sebaliknya menyimpan wang mereka. Apabila saya bertanya kepada orang ramai mengapa mereka tidak melabur lebih banyak dalam saham, jawapan biasa ialah "Saya tidak tahu tentang pasaran saham". Mereka beranggapan bahawa mereka harus bijak untuk melabur dalam saham dan orang kaya boleh mengupah penasihat supaya mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih baik. Jadi orang kaya akan selalu mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada orang kurang berada.

Akan tetapi, pulangan dari pasaran saham adalah berdasarkan risk-adjusted, hampir sama untuk semua orang tak kira, kaya atau miskin, kurang cerdik atau pintar, hodoh atau tampan. Maksudnya 'higher risks, higher returns' dan 'lower risks, lower returns'. Orang kaya kebanyakannya memilih saham secara lebih aktif dan berisiko, oleh itu, pulangan mereka dijangka lebih banyak dari sebaliknya. Untuk pengetahuan, fund lain seperti EPF, Unit Trust, ASB dan pelbagai bentuk lagi unit amanah lain akan melabur dalam saham untuk meningkatkan potensi pulangan mereka untuk diberi sebagai dividen kepada pelabur mereka.

Dan walaupun pelabur dijangka akan diberi pampasan atas risiko ini, kebanyakan orang tidak gemar risiko. Tetapi seperti posting saya sebelum ini, jika kita dapat memilih saham yang betul, tempoh masa yang bersesuaian kita boleh mendapatkan pulangan yang lumayan serta risiko yang minimal.

Jadi untuk menyelesaikan isu di atas, orang ramai juga boleh mendapatkan penasihat saham seperti orang kaya pada kadar harga yang murah. Berapa kos untuk mendapatkan penasihat saham ini? Hanya perlu membuka account saham dengan kami iaitu remisier atau dealer yang bertauliah.

Analisa Teknikal: Disposition Effect


DISPOSITION EFFECT

======================
Teori prospek menjelaskan mengenai apa yang dipanggil sebagai disposition effect, bahawa pelabur lebih cenderung untuk mengunci kemenangan dengan menjual stok yang naik/untung daripada menjual stok yang turun/rugi untuk mengeluarkan duit, walaupun prospek saham yang turun lagi teruk dan boleh jatuh lagi.

Dalam fikiran kita, kita mempunyai mental accounting mengenai prestasi saham kita di atas kertas; menjual saham kita yang turun/rugi di atas kertas membawa perasaan negatif yang boleh melampaui insentif yang kuat untuk kita memaksimumkan pulangan portfolio keseluruhan kita dengan menyimpan saham yang tengah naik/untung.

Sebab itu, untuk trader yang terlatih, setiap saham yang mereka masuk mempunyai satu sistem sebagai satu guideline. Pada harga berapa mereka perlu beli, pada harga mereka boleh lock in profit dan pada harga berapa mereka perlu cutloss. Memang cutloss bukan satu perkara yang mudah. Ia melibatkan emosi seperti yang diterangkan tadi. Tetapi trader yang cemerlang, adalah trader yang berjaya mengawal emosi.

Oleh itu, bila kita nak cash out, jual saham yang tengah rugi, yang untung tu biarkan dia naik lagi selagi masih dalam uptrend.

Dasar Perdagangan Amerika Syarikat


APABILA DASAR PERDAGANGAN AMERIKA SYARIKAT DIPERKETATKAN, NEGARA MANA PALING TERKESAN TERUK?

=======================
1. China - pesaing geo-strategik dan mempunyai trade surplus yang besar dengan AS.
2. Malaysia & Thailand - mempunyai trade surplus yang besar dengan AS.
3. Jepun & Korea Selatan - juga berisiko tetapi merupakan sekutu utama Asia terhadap Korea Utara. Jepun menawarkan pelaburan & tawaran lain ke AS.
4. Vietnam - mempunyai trade surplus yang besar dengan AS & tidak mempunyai perjanjian perdagangan yang luas dengan mereka.
5. Indonesia - menjalankan trade deficit tetapi mata wangnya mencatat kejatuhan mendadak terhadap dolar AS. Tiada perjanjian perdagangan dengan AS. Tetapi exportnya bergantung kepada komoditi bukan barang perkilangan seperti AS.
6. India & Taiwan - sekutu utama berpotensi menentang China walaupun mereka mempunyai trade surplus dengan AS.
7. Singapura - paling tidak berisiko. Ia menjalankan trade deficit dengan AS. Ia mempunyai hubungan strategik yang kuat dan menjadi hos kepada Angkatan Udara & Tentera Laut AS.

Trade deficit - import lebih dari eksport.

Trade suplus - eksport lebih dari import

Potensi & Risiko Ekonomi 2018



POTENSI DAN RISIKO EKONOMI 2018
======================
2 sebab pertumbuhan ekonomi akan bertahan tahun ini:
1. Perbelanjaan modal menjadi enjin tambahan pertumbuhan ekonomi global. Permintaan untuk kilang dan peralatan baru meningkat disebabkan keyakinan perniagaan pulih di negara maju. Pembaharuan cukai AS akan membantu memberi pembelanjaan modal tambahan. Import barangan modal di Asia juga semakin meningkat dan lebih banyak projek mega di bawah BRI China akan dilaksanakan pada tahun ini.
2. Ekonomi negara membangun selain dari China sedang dirangsang semula. India, Brazil, Rusia dan Turki menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas.

Risiko yang patut diawasi:
1. Peningkatan spekulasi dalam pasaran aset akibat herding mentality dan akses mudah ke pembiayaan yang mendorong spekulasi dan tingkah laku pelaburan yang cuai.
2. Bantahan terhadap perdagangan bebas yang diketuai oleh pentadbiran Trump.
3. Geopolitik telah menghantui dunia tahun lalu terutama mengenai kuasa nuklear Korea Utara dan perebutan sempadan di Laut China Selatan. Pengurangan kuasa AS di Asia juga mengakibatkan ketidakseimbangan kuasa yang kini diambil alih oleh China dan Rusia.

Apa Itu Saham Syarikat?


SAHAM SYARIKAT
======================
Jika anda membeli saham sesebuah syarikat, anda telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Anda akan mendapat hak ke atas keuntungan syarikat jika diberikan dividen, dan hak mengundi dalam membentuk pengurusan syarikat serta aset syarikat. Peranan pihak pengurusan adalah untuk mengutamakan kepentingan para pemegang saham. Mereka bekerja untuk anda.

Sebagai pemilik syarikat, anda ingin memaksimumkan nilai pelaburan anda, dan matlamat pihak pengurusan adalah untuk memaksimumkan nilai pemegang saham melalui harga saham. Sekiranya harga saham meningkat, ia merupakan salah satu tanda bahawa pihak pengurusan telah melakukan kerja yang baik.

Tetapi harga saham juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berada di luar kawalan pihak pengurusan seperti prestasi relatif pesaing dan industri, pertimbangan geopolitik, perubahan sentimen pelabur, dasar monetari ... dan banyak lagi.

Pasaran saham adalah pasaran jangkaan. Harga saham ditentukan oleh prospek masa depan. Sebagai contoh, apa yang terjadi pada pasaran dunia termasuk Bursa Malaysia pada ketika ini adalah hasil jangkaan inflasi yang akan meningkat tinggi, seterusnya mendorong bank pusat seperti Federal Reserves menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali berbanding 3 kali yang dijangkakan pada tahun ini. Juga, jangkaan dana akan beralih ke aset yang lebih selamat seperti US Treasuries dari aset yang berisiko seperti saham.

Cabaran Komoditi Minyak


CABARAN HARGA MINYAK

=====================
Harga minyak adalah petunjuk utama untuk menentukan keadaan sesebuah ekonomi terutama di serantau kita. Kita perlu lihat bagaimana keadaan di sisi pembekalan dan sisi permintaan minyak tersebut. Rata rata pendapat dalam pasaran menyatakan harga minyak akan kekal mendatar dengan 'bias' menurun.

Pembekalan:

2 faktor yang menentukan pembekalan minyak adalah sumber baru minyak dan OPEC:
1. Terdapat banyak bekalan akan dilambakkan di pasaran minyak terutama dari gas syal di AS. Mengikut kajian IEA, AS akan menewaskan Rusia untuk menjadi pengeluar minyak terbesar dunia pada 2023.
2. OPEC juga akan sukar untuk mengawal disiplin pengeluarannya. Ini kerana kebanyakan negara seperti Iran, Iraq dan Kuwait telah melabur dalam kapasiti pengeluaran yang baru dan akan sedia menjualnya di pasaran untuk mendapatkan pulangan pelaburan mereka.

Permintaan:

Walaupun kebanyakan negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan telah meningkatkan perbelanjaan modal mereka tetapi kebanyakan modal tersebut telah disalurkan ke tenaga baru seperti tenaga solar dan angin. Ini kerana kos tenaga solar dan angin telah menurun dan teknologi terkini untuk menyimpan tenaga tersebut telah menjadi lebih maju. Jadi permintaan minyak akan mula susut pada masa hadapan.

Risiko:

Harga minyak boleh kembali meningkat sekiranya negara negara seperti Venezuela, negara Arab dan Afrika mengalami ketidakstabilan politik dan ancaman peperangan.

Secara ringkas, kejatuhan harga minyak boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengawal inflasi, membaiki akaun luaran negara dan memperkuatkan kedudukan fiskal negara...jika mereka bukan negara pengeluar minyak.

Saturday, 25 August 2018

Real Estate Investment Trust (REIT)


WOW BANYAKNYA REIT DI SINGAPURA! 
===================
Mesti ramai tak tahu apa itu REIT. REIT ini adalah amanah pelaburan hartanah macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham jadi pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.

Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian, hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun pusat data. Pendapatan utama REIT ini adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak dan juga segala pendapatan lain yang boleh dijana seperti iklan dan lain lain di dalam aset hartanah mereka.

Selain itu, yang menariknya pasal REIT ini, ianya sesuai untuk pelabur yang tidak gemarkan kadar penurunan atau kenaikan harga yang tidak menentu (low volatility) berbanding saham lain. Lagi lagi REIT di Asia ini. Ianya mempunyai volatility yang rendah berbanding REIT di seluruh dunia. Pulangan mereka juga lebih tinggi dari REIT di tempat lain.

TAPI 'INTEREST RATE' DAH MAKIN TINGGI.

Tiada satu sektor pun yang mampu lari dari faktor ini. Jadi cari REIT yang betul betul kukuh. Antara kriterianya:

1. Pastikan sewa dan pendapatan dari hartanah tersebut meningkat lebih laju dari kenaikan kos membayar hutang (interest).
2. Pastikan dividend REIT boleh berkembang lebih laju dari kenaikan kos membayar hutang (interest). Cari yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi.
3. Mengikut kajian akademik di Universiti Cornell, REIT yang kukuh mempunyai pinjaman yang kurang dan tempoh kematangan pinjaman tersebut yang panjang, majoriti pinjaman tersebut dibuat pada kadar tetap, kurang mempunyai hutang yang bercagar, mempunyai kemudahan kredit yang besar tetapi kurang menggunakannya dan mempunyai rizab tunai yang kecil.
4. Mempunyai purata tempoh kematangan hutang 4 tahun ke atas dan mempunyai 4 kali kemampuan membayar interest.

ASALKAN REIT TERSEBUT MEMPUNYAI SALAH SATU KRITERIA SUDAH MEMADAI!

Berbalik pada cerita Singapura! Ada 38 REIT diapungkan di sana! TIGA PULUH LAPAN!! Antara REIT yang dianggap kukuh di sana adalah:

1. KEPPEL DC REIT

2. FRASER CENTREPOINT TRUST
3. MAPLETREE INDUSTRIAL TRUST
4. CAPITALAND COMMERCIAL TRUST
5. OUE HOSPITALITY TRUST
6. FAR EAST HOSPITALITY TRUST
7. CAPITALAND MALL TRUST
8. MAPLETREE LOGISTICS TRUST
9. STARHILL GLOBAL REIT
10. ASCOTT RETAIL TRUST

Psstt..ini belum kira lagi pulangan dividen mereka lepas tukar ke matawang Malaysia.
(Maybank Investment Bank pun boleh trade global)


Waktu Dagangan Bursa Malaysia

WAKTU TRADING DI BURSA MALAYSIA
=====================
Bagi pelabur baru atau baru nak belajar saham, perkara asas yang perlu tahu adalah bila waktu operasi untuk proses jual dan beli saham di Bursa Malaysia. Boleh rujuk jadual di bawah.

MASA
SITUASI
PENERANGAN
8.30am – 8.59am
Pre-opening
Bursa baru nak buka kedai. Proses jual dan beli saham sedang diatur.
9.00am – 12.30pm
Sesi Pertama
Proses jual beli saham pada harga pasaran boleh dilakukan
12.31pm – 1.59pm
Rehat

2.00pm – 2.29pm
Pre-opening
Bursa baru nak buka kedai. Proses jual dan beli saham sedang diatur.
2.30pm – 4.44pm
Sesi Kedua
Proses jual beli saham pada harga pasaran boleh dilakukan
4.45pm – 4.50pm
Pre-closing
Bursa nak tutup kedai. Proses jual beli sedang ditapis. Ini kerana Bursa ingin mengelakkan aktiviti massage (manipulasi) harga saham utama dan juga indeks di saat akhir.
4.51pm – 5.00pm
Trading At Last
Masih boleh melakukan transaksi jual beli tetapi hanya pada satu harga yang telah ditetapkan.

Wednesday, 22 August 2018

Pelaburan Emas


PELABURAN EMAS
======================
Dalam bidang pelaburan ada banyak kelas aset pelaburan seperti hartanah, saham, bon, unit amanah dan juga emas. Tapi pastikan setiap pelaburan tersebut melalui agensi yang diiktiraf dan memiliki lesen. Jadi anda boleh mengurangkan risiko pelaburan dengan mempelbagaikan aset pelaburan.

Harini saya nak cerita secara ringkas tentang pelaburan emas; sama ada fizikal ataupun futures. Kenapa anda boleh membeli emas sebagai salah satu aset dalam portfolio anda?

1. Harga emas selalunya akan meningkat tinggi apabila terdapatnya risiko ekonomi, kewangan dan geopolitik yang serius. Tapi ia juga boleh jadi volatile (kadar turun naik yang tinggi) di puncak krisis.
2. Prestasi emas memang terbaik apabila terdapatnya risiko kenaikan kadar inflasi yang tinggi.
3. Kebanyakan negara yang banyak berhutang, akan menggalakkan pelabur untuk membeli emas daripada membeli bon kerajaan yang mempunyai risiko lebih tinggi.

Tapi kena tahu juga, emas tidak seperti aset lain yang menjana pendapatan. Saham ada dividen, bon ada kupon, dan rumah ada kadar sewa. Emas hanya bergantung pada kadar kenaikan harga.

Pengecualian Caj Clearing dan Levi


PENGECUALIAN BAYARAN CAJ BROKER CLEARING SELAMA 6 BULAN!
======================
Antara initiatif untuk menarik minat pelabur baru sudah dilancarkan pada 1 Mac 2018. Cepat sampaikan berita ini kepada suami/isteri, isteri kedua, ketiga atau keempat, mak, ayah, abang, adik, atok, nenek, sanak saudara, tunang/bakal tunang, kawan-kawan, bos/staff anda sekarang!

Kriteria kelayakan mendapatkan pengecualian caj tersebut:
1. Hanya layak untuk pelabur individu yang pertama kali membuka akaun CDS dari 1 Mac 2018 - 31 Ogos 2018
2. Tiada akaun CDS yang dibuka sebelum ini (walaupun dah tutup akaun lama)
3. Pengecualian caj ini hanya untuk pelabur baru yang melabur dalam tempoh 1 Mac 2018 - 31 Ogos 2018
4. Terbuka kepada akaun individu sahaja

Impak Dari Pengumuman Syarikat



PENGUMUMAN SYARIKAT
======================
Mengikut kajian CFA Institute & CFA Singapura, pengumuman syarikat yang berkaitan dengan perubahan dalam pegangan saham, bisnes baru, private placements, dividen, tindakan undang-undang, share capital & listing updates dikaitkan dengan pulangan tinggi dalam saham yang disenaraikan di Singapura (SGX).

Mereka mendapati volume dan pulangan memuncak semasa:
1. 2 hari sebelum pengumuman
2. Hari pengumuman
3. Sehari selepas pengumuman

Mereka juga mendapati, pulangan bertambah pada penghujung setiap tahun dalam kajian saham di Singapura.

Bagaimana pula saham dalam Bursa Malaysia? Adakah pemerhatian sama boleh kita jangkakan? Disebabkan terdapat kurangnya selidikan yang sama dalam Bursa Malaysia, seeloknya pelabur menggabungkan teknik bacaan carta mereka dengan pengumuman syarikat.

Sebagai contoh jika scroll pengumuman dividen saya di Facebook, terdapat salah seorang daripada client saya telah beritahu bahawa COMCORP bakal bagi dividen sebanyak RM0.45 sebelum keluar pengumuman di Bursa Malaysia setelah beliau hadir pada AGM COMCORP tersebut. Pada hari pengumuman, saham COMCORP telah pun melonjak naik (gap up). Jadi beliau sudah pun meraih profit walaupun tidak simpan lama untuk dapatkan dividen.

Duti Setem Bursa

PENGECUALIAN DUTI SETEM KE ATAS SAHAM SYARIKAT MID-CAP & SMALL-CAP YANG DISENARAIKAN DALAM BURSA MALAYSIA, BERKUATKUASA 1 MAC 2018 SELAMA 3 TAHUN
======================
Pengecualian duti setem dalam transaksi jual beli berkuatkuasa pada 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2021.

Pengecualian duti setem ini ke atas syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia yang mempunyai market capitalization, sekitar RM200 juta ke RM2 billion pada 31 Disember 2017 untuk kelayakan pada 2018. Untuk kelayakan pada 2019 ke atas, syarikat akan dinilai berdasarkan pada market capitalisation pada 31 Disember 2018. Senarai syarikat kekal statik sehingga semakan tahunan. Sebanyak 351 saham syarikat berada dalam senarai ketika ini.

Market capitalization = Modal Pasaran